• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Hasil Garapan Mr Martini, Legenda Kawasaki 70-an Jadi Inspirasi Vulcan 70

Hasil Garapan Mr Martini, Legenda Kawasaki 70-an Jadi Inspirasi Vulcan 70

June 30, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kawasaki-vulcan-70
KAWASAKI Mach Series ialah bintang motosikal sekitar era 70-an. Selepas hampir 50 tahun, Kawasaki kini kembali dengan projek baharu, Vulcan 70. Kemunculan semula kali ini lebih dramatik kerana mendapat hasil sentuhan dari garaj pereka gaya motosikal terkenal dunia, Mr Martini.

Pembangunan semula itu diilhamkan daripada legenda motosikal Kawasaki 70-an, berasaskan Kawasaki H1 500 Mach III, iaitu jentera 3-silinder yang diyakini paling kencang pada zaman tersebut dengan kelajuan 190kmj.

Pereka Mr Martini, Nicola Martini mengubah konsep kustom dan kruiser kepada penampilan café racer tanpa mengubah aspek teknikal Vulcan 70.

“Saya sangat teruja dengan projek ini dan menjadikan Mach Series sebagai rujukan untuk membangkitkan aura Kawasaki era 70-an dan rasa bebas yang hanya jenama ini mampu tawarkan,” katanya.

Sebanyak 25 item perincian Vulcan 70 dibuat seperti dua pelana, bahagian belakang panjang, ekzos berkembar Zard, lampu bulat, kit perehat kaki dengan braket dan tuil hadapan, bar hendal, lampu depan dan belakang, indikator serta skim warna baharu.

Hanya dua warna Vulcan 70 yang ditawarkan, merah dan hijau. Kawasaki juga mengeluarkan 100 unit Vulcan 70 sahaja berdasarkan tempahan awal di pasaran Eropah.

kawasaki-vulcan-70 (3)

kawasaki-vulcan-70 (4)
kawasaki-vulcan-70 (1)

kawasaki-vulcan-70 (5)

 

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki H1 500 Mach III, Kawasaki Vulcan 70, Mach Series, Mr Martini, Nicola Martini, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev