• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Alex Pindah ke LCR Honda, Pol Espargaro Jadi Sekutu Marquez Musim Depan

Alex Pindah ke LCR Honda, Pol Espargaro Jadi Sekutu Marquez Musim Depan

July 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BELUM sempat memulakan aksi sebagai rookie musim ini, Alex Marquez, sudah terpaksa memberikan laluan awal kepada pelumba KTM Factory, Pol Espargaro menyertai pasukan Repsol Honda bagi saingan Kejuaraan MotoGP 2021.

Alex, yang juga adik kepada juara dunia MotoGP lapan kali, Marc Marquez, pula akan berpindah ke pasukan satelit LCR Honda Castrol (LCR) selepas memperbaharui kontrak dengan Honda Racing Corporation (HRC) untuk dua musim lagi.

LCR Honda sejak dulu memang konsisten memilih pelumba muda berbakat untuk menyertai pasukan satelit itu. Ini dapat dilihat menerusi barisan pelumba bintang yang dilahirkan seperti Casey Stoner, Stefan Bradl dan terbaharu pelumba Jepun, Takaaki Nakagami.

Musim depan, Alex akan menggantikan pelana pelumba Britain, Cal Crutchlow yang sudah bersama pasukan itu selama enam musim dengan meraih tiga kemenangan GP dan 19 kali podium.

BACA >>> Deruman Dwi-Silinder Terdengar di Litar Honda, Indonesia Terima CBR250RR Bulan Ini?

 

View this post on Instagram

 

Muy contento de poder anunciar la renovación con Honda HRC por dos años más en la familia del @lcr.team! 😀 Very happy to announce my renewal with #Honda HRC for two more years in the @lcr.team family! #AM73

A post shared by Alex Márquez Alentà (@alexmarquez73) on Jul 13, 2020 at 1:10am PDT

Walaupun berlaku rombakan pelumba, LCR masih kekal fokus untuk perlumbaan musim ini menerusi duo pelumbanya, Crutchlow dan Nakagami.

Alex menerusi akaun Instagram menyatakan;

Aku dengan bangga umumkan kontrak dah renew dengan HRC dan akan bersama LCR Honda. Aku nak terima kasih kat HRC dan LCR atas kepercayaan mereka dan aku akan kerja kuat untuk buktikan kepercayaan yang diberikan. Sekarang, aku nak mulakan musim ni kat Jerez dan berikan yang terbaik tahun ini."

casey-stoner-dan-lucio-cecchinello
Lucio Cecchinello

Sementara itu, Pengurus Pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello berkata:

Kami akan beri fokus sepenuhnya musim depan dan harap 2020 sukses. Dengan Cal dan Taka, kami ada dua pelumba fantastik yang kami percaya sepenuhnya bersinar di musim MotoGP yang pendek. Kami senang menyambut Alex Marquez musim depan.

"Alex adalah juara dunia dua kali dan prospek yang benar-benar menarik. Kami gembira, dan tanggungjawab diberikan HRC kepada kami untuk membantu dia mengambil langkah penting dalam karier perlumbaan MotoGP. Selama musim terakhir, kedudukan LCR sebagai salah satu pasukan independan terkemuka di kelas MotoGP merekodkan 12 podium dan tiga kemenangan besar untuk Cal.

"Pasukan sangat senang memulakan projek lain bersama Honda, dan seperti biasa kami akan lakukan yang terbaik untuk mempersiapkan seseorang yang tidak diragukan lagi akan jadi bintang MotoGP masa depan."

BACA >>> Ini Bukan Cubaan, Honda RS150R Versi HRC Memang Ada Jual Di Malaysia
BACA >>> Alex Marquez Tiru Teknik Guna Brek Belakang Sama Macam Abang

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2021 MotoGP, Alex Marquez, Auto Terkini, Cal Crutchlow, Honda, Honda Racing Corporation (HRC), LCR Honda Castrol, Lucio Cecchinello, Marc Marquez, MotoGP, Pasukan Repsol Honda, Pol Espargaro, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev