Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SAH!!! Perodua Sedan Dilancarkan 21 Julai 2016
Auto Terkini

SAH!!! Perodua Sedan Dilancarkan 21 Julai 2016

Abang GYLBy Abang GYL29/06/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Perodua Sedan
SAH, Perodua Sedan akan dilancarkan pada 21 Julai 2016. Setelah sekian lama menanti, akhirnya Perodua Sedan akan dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan. Pada bulan lalu, gambar Perodua Sedan yang bocor di laman sosial menggemparkan peminat automotif, terutama mereka yang ternanti-nanti model ini.

Sedia maklum, ini ialah model sedan pertama keluaran Perodua setelah hampir 23 tahun bertapak di Malaysia. Bagaimanapun, spesifikasi model sedan itu masih tidak didedahkan. Berdasarkan sumber diterima, Perodua Sedan akan dipadankan dengan kapasiti enjin 1.0L dan 1.3L.

Sumber itu turut menyatakan model Perodua Sedan juga akan dipadankan dengan enjin 1.5L. Cuma, tidak dilancarkan serentak bersama debut awal dua varian sedan tersebut.

Perodua Sedan

SISTEM MULA-HENTI

Perodua bakal memperkenalkan sistem mula-henti (start-stop) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2. Ini bermakna, Perodua Sedan ialah model segmen-B kedua di pasaran Malaysia yang menggunakan sistem berkenaan.

Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Ciri keselamatan asas juga tidak dilupakan seperti beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS). Namun, sumber enggan mendedahkan apa-apa maklumat apabila ditanya sama ada Perodua akan melengkapkan sistem keselamatan ekstra seperti Bantuan Brek, Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) atau Bantuan Daki Bukit (HSA).

Paling penting, kontroversi indikator lampu depan yang pernah disuarakan seorang warga Jerman tahun lalu sudah pun diatasi pada model Perodua Sedan ini. Jadi, tiada lagi alasan tidak membuka lampu kereta anda ketika memandu malam.

BACA>>> TERGEMPAR!!! Gambar Perodua Sedan Bocor?

HARGA KOMPETITIF?

Bagaimana pula harga? Kami menjangkan harga jualan akan berada di pertengahan antara Perodua Axia dan Myvi. Kemungkinan harga jualan akan berada sekitar RM35,000 hingga RM50,000.

Apa-apapun, nantikan laporan penuh kami pada 21 Julai sebaik saja model sedan ini dilancarkan.

Perodua Perodua Sedan Perodua Sedan Dilancarkan Sah
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.