Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Peugeot 3008 Tembusi Pasaran Timur Malaysia
Auto Terkini

BERITA AUTO: Peugeot 3008 Tembusi Pasaran Timur Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/07/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NASIM LAUNCHES THE NEW PEUGEOT 3008 SUV IN PEUGEOT KUCHING 2PEUGEOT 3008 baharu mula menembusi pasaran semenanjung pada April lalu. Tanpa mengambil masa lama, kini tiba giliran SUV itu diluncurkan untuk pasaran timur Malaysia menerusi pengedarnya di Kuching, Sarawak.

Ketua Pegawai operasi Nasim, Datuk Samson Anand George menyasarkan penjualan 100 unit sebulan bagi SUV itu yang menyumbang krpada 18 peratus sasaran jualan seluruh negara.

Hadir dengan rekabentuk yang elegan dan kontemporari, 3008 baharu kini menerima 11 ciri peningkatan. Dengan menyasarkan pengguna berusia 30 hingga 50 tahun, rekaan hadapan SUV itu direka semula menerusi kehadiran gril baharu selain hadir bersama lampu LED siang. Tidak terkurang, lampu belakang LED juga tampil dengan rekaan signatur kuku terapung.

3008 event-201

INOVASI

Memasuki ruang kabin, susun atur keseluruhan papan pemuka tampak sama seperti model sebelum ini. Namun terdapat skrin pelbagai fungsi warna bersaiz tujuh inci diletakkan pada bahagian tengah papan pemuka yang boleh dilipat sepenuhnya sekiranya tidak digunakan. Turut tersedia adalah paparan grafik parkir hadapan dan belakang serta kamera undur.

Untuk makluman, Peugeot masih mengekalkan fungsi Head Up Display (HUD) yang  memaparkan pelbagai maklumat seperti kelajuan, tetapan had kelajuan dan kawalan pelayaran. Lebih menarik, setiap fungsi dikemukakan dengan berwarna : putih untuk kelajuan, oren untuk had kelajuan dan hijau untuk kawalan pelayaran.

Selain itu, antara ciri-ciri lain adalah sambungan USB dan Bluetooth, dua zon pendingin hawa automatik, butang parkir auto elektrik, sistem audio enam pembesar suara dan kerusi pemandu dengan lapan cara pelarasan.

Aspek keselesaan, SUV Perancis itu menawarkan ruang kargo seluas 512L. Sekiranya mahukan ruang lebih luas, kerusi belakang boleh dilipatkan sepenuhnya yang mampu memberikan ruang tambahan sehingga 1,604L.

3008 event-196

LEBIH BERKUASA

Di sebalik hud, 3008 dilengkapi enjin 1.66L Twin Scroll Turbo High Pressure dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Berbanding penggunaa enjin sebelumnya, 3008 menerima  peningkatan kuasa kepada 163hp dan tork kekal sama pada 240Nm. Ia melibatkan pertambahan kuasa sebanyak 7hp yang diperoleh menerusi beberapa penambahbaikan yang dibuat pada omboh dan kepala silinder.

Turut tidak dilupakan adalah aspek keselamatan di mana Peugeot Park Assist hadir dengan 10 sensor di bahagian hadapan depan, sisi dan belakang untuk mengesan lebih menyeluruh halangan. Sementara Available Space Measurement menilai saiz tempat letak kereta sama ada sesuai dengan saiz jentera atau tidak.

Antara ciri keselamatan lain adalah enam beg udara, Bantuan Penghidup Bukit, Program Keselamatan Elektronik, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Regulasi Anti- Skid dan Kawalan Kestabilan Dinamik.  Lebih hebat, 3008 turut mendapat penarafan 5bintang dalam penilaian EuroNCAP.

Dijual pada harga RM153,888, pengguna diberikan empat pilihan warna menarik; Digital White, Virtual Blue, Dakota Brown dan Artense Grey. Kemua model Peugeot yang dijual di Malaysia datang dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

3008 event-199

3S Kuching Datuk Samson Anand George Peugeot Peugeot 3008
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.