• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Honda Vario 125 Terpakai Paling Mahal di Dunia, Harga RM166k!

Inilah Honda Vario 125 Terpakai Paling Mahal di Dunia, Harga RM166k!

July 14, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANGAN anggap motosikal ikonik atau legenda berstatus NOS (new old stock) saja boleh dijual puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit. Dalam kes tertentu, motosikal atau skuter baharu pun boleh buat untung mudah, dengan syarat ada nombor plat menarik.

Portal Vietnam, Zingnews melaporkan sebuah skuter Honda Vario yang baru didaftarkan pada akhir Jun lalu dijual pada harga 900 juta dong (RM166,090) dan boleh dikatakan Vario terpakai paling mahal di Vietnam, atau mungkin juga di dunia.

Vario 125 edisi 2020 itu adalah milik seorang wanita di pekan Binh Tan dalam wilayah Vinh Long, Vietnam, dan dijual kepada seorang pemilik kedai motosikal bernama Hung Tu dari bandar Ho Chi Minh.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Vario 150 Red Bull Edisi Seragam Lumba yang Serba Memukau

Selepas membuat pendaftaran nombor plat 999.99 pada skuter itu, ramai individu tampil dan mengemukakan tawaran untuk membelinya. Hung Tu muncul sebagai pembeli paling bertuah. Maknanya, Hung Tu sanggup bayar harga setinggi itu.

Sekadar perkongsian, Vario 125 dijual di Vietnam pada harga 45 juta dong (RM8,300) sahaja. Ini bermakna skuter dengan nombor plat unik itu dijual 20 kali ganda lebih tinggi daripada harga asal.

Di sesetengah negara, angka 9 cukup diminati kerana membawa maksud 'tuah' berpanjangan. Ini menyebabkan plat angka 9 diburu kalangan mereka yang berduit, terutama di Vietnam dan China. Jika nombor plat ada lebih banyak angka 9, ini secara langsung membuatkan harga barang itu meroket lebih tinggi.

BACA >>> Honda Vario vs Yamaha NVX: Perbandingan Awal Skuter Sporty 150cc

Vario 125 dilancarkan bersama varian 150 pada 2018 di Vietnam dan kedua-dua model itu mempunyai rekabentuk hampir sama. Model generasi baharu Vario 125 direka dengan bentuk badan lebih agresif.

Kedua-dua varian mempunyai dimensi panjang 1,919mm, lebar 7,679mm dan tinggi 1,062mm, manakala tinggi pelana juga sama, 769mm.

Perbezaan paling ketara dua model itu ialah Vario 125 dipasnagkan rim bentuk multijejari lurus dan menggunakan kunci mekanikal, sebaliknya Vario 150 menggunakan sistem kunci pintar. Vario 125 dijana enjin 125cc teknologi eSP dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 11hp @ 8,500rpm dan tork 10.8Nm @ 5,000rpm.

BACA >>> Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888

GALERI

SUMBER: ZingNews

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda Vario, Honda Vario Terpakai, Honda Vietnam, Motosikal Terpakai, roda2, Secondhand, Sekenhen, skuter, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my