• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Sahkan Beg Udara Takata Pecah Dalam Kemalangan Maut

Honda Malaysia Sahkan Beg Udara Takata Pecah Dalam Kemalangan Maut

June 27, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

beg-udara-meletupBERHUBUNG insiden maut akibat beg udara berlaku semalam membabitkan sebuah kereta Honda City dan Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara, Honda Malaysia mengesahkan kejadian itu berpunca daripada beg udara Takata.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan, Honda Malaysia melahirkan rasa simpati buat keluarga mangsa yang maut akibat daripada kejadian itu.

Hasil penyiasatan bersama pihak Polis, Honda Malaysia turut mengesahkan beg udara yang pecah daripada model Honda City 2005 itu terlibat dengan proses panggilan semula beg udara Takata dikeluarkan oleh Honda Malaysia pada 21 Mei 2015.

Pihak Honda Malaysia juga sudah menghantar tiga notis kepada pemilik kenderaan  namun tiada sebarang tindakan diambil.

BACA>>> Honda Malaysia Memanggil Semula 147,894 Unit Pelbagai Model

KREDIT FOTO. The Star Online
KREDIT FOTO. The Star Online

Dalam kejadian itu, pemandu wanita berusia 44 tahun yang memandu Honda City bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya, menemui ajal di tempat kejadian.

Ia menyebabkan beg udara bahagian pemandu pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.

BACA>>> Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara Honda Meletup

Kami di PanduLaju meminta pemilik Honda negara ini supaya segera hadir ke pusat servis berdekatan untuk diperiksa. Jika anda ada ahli keluarga, saudara atau rakan yang memiliki kereta Honda, sila sampaikan notis panggil balik yang dikeluarkan Honda. Sila jangan ambil mudah peringatan ini!

Anda boleh memeriksa status kenderaan masing-masing dengan menghubungi talian tol percuma  1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda.

Untuk menyemak secara atas talian, sila masukkan nombor casis kenderaan anda di SINI.

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airbag, Beg udara takata, Honda City, Honda Malaysia, Recall, Takata

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my