• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Beli Tayar Hankook Ventus Prime 3 K125, Dapat Rebat Tunai Hingga RM100!

Beli Tayar Hankook Ventus Prime 3 K125, Dapat Rebat Tunai Hingga RM100!

July 8, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR tayar premium, Hankook Tire mengadakan promosi jualan istimewa menerusi pemberian rebat tunai hingga RM100 kepada pembeli tayar Hankook Ventus Prime 3 K125.

Kempen promosi itu berlangsung selama dua bulan bermula 1 Julai-31 Ogos ini, membabitkan tayar bersaiz 16 inci-19 inci, dan syarat mendapatkan rebat pula adalah pembeli perlu membeli dua atau empat unit tayar. Rebat tunai boleh didapati dalam bentuk:

  • Baucar beli-belah AEON
  • Kad hadiah Lazada
  • Kod e-promo perkhidmatan e-hailing, Grab

Pengarah Urusan Hankook Tire Malaysia, Tommy Kim berkata, tayar Ventus Prime 3 K125 direka khas buat pemilik kenderaan yang mahukan pengalaman pemanduan lebih selamat dan selesa.

Menurutnya;

Diperkenalkan di Malaysia sejak akhir tahun lalu, Ventus Prime 3 K125 ialah produk utama dihasilkan khas untuk pasaran seperti Malaysia yang mana perubahan kondisi cuaca tropika cukup mencabar buat pemandu.

“Tayar premium ini dicipta menggunakan teknologi canggih dan sudah menjalani ujian ketat bagi memastikan ia dapat menawarkan keseimbangan terbaik antara aspek prestasi, keselesaan dan keselamatan."

HK_K125_01
HK_K125_02

Tayar Ventus Prime 3 K125 dicipta dengan empat alur luas pada bahagian tengah untuk menyingkir keluar air atas permukaan jalan basah. Tayar ini juga menawarkan prestasi, keselamatan dan keselesaan luar biasa dalam sebarang pemanduan atas jalan kering dan basah.

Ketika memandu atas jalan kering, tayar ini mampu meningkatkan nisbah kontak dan kekerasan blok bunga tayar untuk memperoleh kualiti pengendalian dan prestasi membrek lebih baik.

Dalam pemanduan atas jalan basah pula, kompaun silika dan struktur rekabentuk tayar ini menawarkan tahap cengkaman terbaik bagi memastikan stereng lebih responsif, sekali gus mengurangkan tahap olengan badan kenderaan.

Tayar Hankook Ventus Prime 3 ialah komponen pengeluar alatan asli (OEM) untuk model seperti Ford Focus Active dan Citroën C3 Aircross.

Kepada pelanggan yang mahu membeli tayar ini sepanjang tempoh promosi, anda perlu melayari laman web hankooktire.space atau mengimbas kod QR (disediakan pengedar atau penjual) untuk mendaftarkan maklumat peribadi.

Selepas diproses dan diluluskan, baucar tunai yang dipilih akan dihantarkan kepada pelanggan sama ada menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) atau pos. Rebat tunai tertakluk kepada siapa cepat dia dapat atau sehingga stok masih ada.

GALERI
Promotion e-flyer
HK_K125_04
HK_K125_05
HK_K125_02
HK_K125_01
HK_K125_03

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Hankook, Hankook Ventus Prime 3 K125, Tayar, Tayar Hankook, tayar kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev