• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Saga Cecah Usia 35 Tahun, Sudah Terjual 1.8 Juta Unit!

Proton Saga Cecah Usia 35 Tahun, Sudah Terjual 1.8 Juta Unit!

July 7, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

998
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK mula dikeluarkan pada 9 Julai 1985, Proton sudah menjual 1.8 juta unit Saga, sekali gus menjadikan model itu sebagai kenderaan paling popular di Malaysia.

Hari ini, Saga mengekalkan status sebagai model Proton paling laris dalam barisan produk pengeluar nasional itu. Saga paling terbaharu dilancarkan pada 2019 dengan menerima jumlah tempahan hampir sama seperti model terdahulu walaupun pengguna hari ini mempunyai kuasa beli tinggi dan pelbagai pilihan kereta untuk dibeli.

BACA >>> Sultan Johor Hantar Tun M ke Lapangan Terbang Naik Proton Saga Pertama

Pada Mei tahun ini, Saga menjadi kereta paling laris di Malaysia, manakala Jun lalu mencapai jumlah jualan bulanan tertinggi sepanjang tempoh 70 bulan. Dengan lebih banyak rancangan penambahbaikan pada masa depan, Proton kekal komited untuk meletakkan Saga sebagai peneraju jenama kereta popular tanah air.

SAMBUTAN LUAR BIASA

proton-saga-1985-mohd-isa-the-proton-search_pandulajudotcomdotmy-2
proton-saga-1985-mohd-isa-the-proton-search_pandulajudotcomdotmy-17
proton-saga-mahathir-sultan-ibrahim-bg

Saga generasi pertama dibina menggunakan platform Mitsubishi selepas pengeluar automotif Jepun itu bersetuju mewujudkan usahasama dengan HICOM untuk menghasilkan kereta pertama Malaysia. Model itu mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada 16 Mac 1989, Saga dilancarkan di Britain dan jualan di sana juga mengagumkan apabila sasaran jualan 12 bulan berjaya dicapai dalam tempoh enam bulan sahaja. Saban tahun, Proton semakin berkembang maju dengan mencapai pelbagai kejayaan dalam arena sukan permotoran peringkat antarabangsa. Ini termasuk pelancaran banyak model lain dalam pelbagai segmen.

Namun, Saga kekal sebagai model utama dalam barisan produk Proton. Mengenai masa depan sedan segmen-A itu, Proton khabarnya akan membuat pengumuman terkini menerusi laman rasmi Facebook pengeluar itu pada jam 10.35 pagi, Khamis ini.

Pengumuman apa agaknya?

BACA >>> #PanduUji: Lenjan Proton Saga (2019) Premium AT dari Subang ke Ipoh, Apa Cerita?

Related

998
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Proton, Proton Saga, proton saga 1985

Comments

  1. Baom says

    July 7, 2020 at 3:47 PM

    Kerosakkan Proton sejak atuk madet jadi PUNAHSIHAT

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev