• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #TahukahAnda: Kenapa Kawasaki Ninja ZX-25R Cuma 42hp?

#TahukahAnda: Kenapa Kawasaki Ninja ZX-25R Cuma 42hp?

July 7, 2020 By Wahid 4 Comments

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini, pakar ekzos Akrapovic mendedahkan keputusan dyno Kawasaki Ninja ZX-25R yang menunjukkan sportbike 4-silinder 250cc itu menghasilkan kuasa maksimum 42hp @ 15,350rpm dengan ekzos standard.

Paparan keputusan dyno itu membuatkan sesetengah warga maya berpendapat kuasa enjin tersebut tidak berapa memberangsangkan. Ada juga meluahkan perasaan hampa kerana enjin motosikal lain dalam kategori 250cc juga menghasilkan kuasa yang lebih kurang sama.

BACA >>> Perbandingan: Data Dyno Kawasaki Ninja ZX-25R vs Honda CBR250RR

Kredit: Akrapovic

Bukankah enjin Ninja ZX-25R sepatutnya menghasilkan kuasa lebih tinggi kerana ada 4-silinder dan dapat meligat hingga 17,000rpm?

Bagi menjawab persoalan itu, sekarang kita ambil satu model 4-lejang dwi-silinder 250cc lain sebagai perbandingan dengan kuasa 41hp (41.7ps) dan kita namakan ia sebagai XX250RR.

APAKAH MAKSUD DYNO?

mesin-dyno-motosikal
bapro-roller-dyno

Industri permotoran menggunakan mesin dinamakan 'dyno' (singkatan untuk 'dynamometer') untuk membaca tahap kuasa kuda (hp) dan tork (Nm) dihasilkan enjin. Ia juga digunakan untuk menentukur (calibrate) sifat penghasilan kuasa dan suntikan bahan api.

Pengeluar kenderaan juga akan mengambil angka paling tinggi untuk dipaparkan dalam brosur kerana pembeli cenderung untuk sukakan kenderaan yang memiliki angka kuasa tinggi.

Ada tiga jenis dyno, iaitu:

  1. Dyno enjin
  2. Dyno roda belakang
  3. Dyno casis

Kami akan terangkan fungsi setiap jenis dyno itu dengan lebih terperinci pada masa akan datang. Sekarang kita fokus dulu kepada dyno enjin dan dyno roda belakang.

1. Dyno Enjin

Enjin yang berfungsi sepenuhnya akan diikatkan atas platform atau meja kerja (workbench). Ia tidak disambungkan kepada komponen trenkuasa seperti kotak gear, klac, sistem pacuan (rantai, syaf, tali sawat), sproket dan roda. Kemudian, syaf output daripada aci engkol (crankshaft) disambungkan terus kepada dyno tersebut.

Selepas itu, enjin dihidupkan dan diligatkan pada julat maksimum (maksimum RPM), lalu  kuasa dan tork pun direkodkan. Inilah nombor kuasa kuda (hp) dan tork (Nm) yang dipaparkan pengeluar dalam brosur jualan.

Lebih tepat lagi, dyno enjin juga dikenali sebagai 'kuasa aci engkol' (crankshaft horsepower) dan 'tork aci engkol' (crankshaft torque).

2. Dyno Roda Belakang

Ini ialah jenis Dyno yang boleh dijumpai di pasaran. Cara penggunaan, motosikal diikat atas platform, dan tayar belakang diletakkan atas penggelek (roller). Dyno jenis ini akan membaca kuasa enjin selepas melalui sistem trenkuasa sepenuhnya.

KENAPA PENGELUAR TIDAK GUNA DYNO RODA BELAKANG?

dyno-roda-belakang
flames-kawasaki-ninja-zx25r- exhaust

Sebenarnya, pengeluar kenderaan ada kedua-dua jenis dyno. Namun, dyno roda digunakan untuk tujuan kawalan kualiti untuk memastikan trenkuasa berfungsi sepenuhnya. Jadi, sebarang bacaan daripada dyno akan digunakan sebagai perbandingan dalaman dan bukan didedahkan kepada umum.

Sebaliknya, pengeluar bergantung kepada bacaan dyno enjin kerana tidak dipengaruhi faktor lain seperti kondisi klac, transmisi, sproket, rantai, tayar dan sebagainya. Selain itu, sistem kawalan traksi elektronik juga memainkan peranan apabila melakukan ujian dyno, termasuk kondisi dyno itu sendiri.

Secara ringkasnya, dyno enjin menunjukkan kuasa enjin tulen, manakala dyno roda belakang menggambarkan prestasi atas jalan. Malangnya, ramai penunggang masih keliru dengan proses ujian dyno berbeza itu.

BACA >>> Kawasaki Indonesia Dedah Video Acah Ninja ZX-25R, Lancar 10 Julai Depan
BACA >>> #Videotomotif: Inilah Ngauman Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R dari Litar Sentul Indonesia!

ADAKAH NINJA ZX-25R MASIH BERKUASA?

Disebabkan kuasa enjin mesti melalui beberapa tahap rintangan sebelum sampai ke roda belakang, sebanyak 5-10 peratus ternyah kuasa. Dalam kes Ninja ZX-25R, kita boleh mengira kuasa enjin sebenar. Jika 10 peratus ternyah, kuasa enjin adalah menyamai 44hp. Jika 5 peratus ternyah, kuasa enjin 46.7hp.

Jika kita bandingkan XX250RR dengan kuasa enjin 41hp, kita akan dapati 36hp (nyah kuasa 10 peratus) dan 38hp (nyah kuasa 5 peratus) pada roda belakang. Jadi kesimpulannya, enjin Ninja ZX-25R adalah paling berkuasa dalam kelas 250cc setakat ini.

Related

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: dyno, Dyno Test, Dyno test Kawasaki Ninja ZX-25R, Dyno test ZX-25R, Kawasaki Ninja ZX-25R, Kawasaki ZX-25R, ZX-25R

Comments

  1. Jan says

    July 9, 2020 at 12:51 PM

    kalau harga 30k++, x jejak 50hp di crank, rasa mcm kurang berbaloi.

    belum lagi nanti org komen, "moto kapcai modi bleh jejak 40hp++ atas dyno"

    hmm, nasib motor ni masih x dpt dipastikan.

    Reply
  2. fard jiro says

    July 9, 2020 at 2:36 PM

    Syabas kawasaki, tapi ternyata masih kurang mengengat tanpa eksesori tambahan.
    Perlu mengeluarkan modal untuk ekzos (anggaran RM4000) dapat naik 2HP.
    Sepatutnya kawasaki perlu keluarkan satu model high-end mcm kawasaki PDK.
    Seperti model 250cc sebelum ini, pengguna bosan disebabkan kelajuan dimain oleh ,motosikal 2lejang diatas highway. Diharap kawasaki dapat menambah baik untuk model 2021. Sekian.

    Reply
  3. domo says

    July 9, 2020 at 2:55 PM

    rxz rm70k pun ada org layan lg. ada la peminat2 tegar yg akan beli nanti. XD

    Reply
  4. Roda sepi says

    July 9, 2020 at 3:18 PM

    46hp pun sudah cukup kuat berbanding motor kapchai yg penting top speed boleh pegi jauh itu pasti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev