• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Toyota Innova Crysta Gaya Lexus

#BikinKereta: Toyota Innova Crysta Gaya Lexus

July 6, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Innova ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) paling laris di India. Sejak dilancarkan, model itu menerima sambutan menggalakkan di negara Asia Selatan tersebut, tetapi agak kurang meriah di Malaysia.

Toyota kemudian beransur-ansur memperkenalkan versi lebih sporty supaya pembeli dapat menikmati perjalanan kelas eksekutif dengan model MPV itu.  Anda mungkin pernah lihat Innova Crysta diubah suai, tetapi ini antara modifikasi terbaik yang pernah dilakukan terhadap model berkenaan.

Penampilan Innova Crysta ini mengambil ilham model Lexus yang dapat dilihat menerusi penampilan gril depan berbeza dengan kemasan hitam berkilat dengan aksen perak. Bampar depan berbentuk bumerang menempatkan lampu kabus dan lampu siang (DRL) LED.

Bampar depan dan belakang tampil sporty dengan tambahan skirt. Penampilan sisi diperkemaskan dengan tayar profil rendah dan rim aloi yang jauh lebih besar berbanding versi premium sedia ada.

BACA >>> Toyota Majesty Lancar di Thailand, MPV Mewah yang Lebih Murah daripada Alphard

Rupa belakang MPV menerima bampar yang direka semula dengan unit ekzos palsu dan aksen perak. Kos modifikasi  melibatkan pelaburan 1.20 lakhs (RM6,881). Di India, Innova Crysta edisi standard ditawarkan dalam dua varian dengan enjin 2.8L dan transmisi automatik 6-kelajuan.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Innova Crysta Gaya Kabin Pesawat Kelas Pertama

GALERI

SUMBER: MaxAbout

Related

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), kustom, Lexus, Modifikasi, MPV, Restorasi, Roda4, Toyota, Toyota Innova, Toyota Innova Crysta

Comments

  1. kho says

    July 8, 2020 at 9:39 AM

    boss, innova facelift agak agak bila keluar? thn ini ka ? ribuan terima kasih.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my