SATU lagi insiden maut akibat beg udara berlaku hari ini membabitkan sebuah kereta Honda City dan sebuah Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.
Menurut berita disiarkan portal online, The Star Online (baca SINI), pemandu wanita berusia 44 tahun itu, yang memandu Honda bersama dua anak lelaki dan seorang anak saudaranya, menemui ajal di tempat kejadian pada tengah hari tadi.
KEMASKINI: Nama mangsa ialah Norazlin Haron. Kereta dipandu ialah Honda City 2005.
Menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din, pemandu Honda tersebut tidak berhenti sebelum membelok masuk ke satu simpang dan merempuh belakang sebuah Mercedes-Benz. Salah seorang saksi kejadian mendakwa beg udara pemandu dan penumpang mengembung berikutan perlanggaran berkenaan.
Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Menyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, beg udara pemandu didapati pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.
"Ada darah dalam kereta apabila kami memeriksanya. Kakitangan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mendakwa mangsa sudah kritikal ketika bantuan tiba sebelum maut di tempat kejadian. Tiga lagi penumpang tidak cedera," katanya.
Rosdi berkata lagi, pemandu Mercedes dan isteri juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh diketuai Rosdi tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 12.10pm selepas menerima panggilan kecemasan.
Sementara itu, ACP Zani berkata punca kematian akan diketahui selepas mendapat keputusan bedah siasat. Bagaimanapun, Honda City dipandu mangsa cuma mengalami kerosakan kecil.
BACA>>> Honda Malaysia Memanggil Semula 147,894 Unit Pelbagai Model
KRONOLOGI BEG UDARA MELETUP DI MALAYSIA
- Kes-1 berlaku di Sibu (Julai 2004), pemandu Honda City 2006 yang juga ibu mengandung meninggal dunia apabila beg udara meletup selepas berlanggar dengan kenderaan lain (tidak dimaklumkan jenis).
- Kes-2 berlaku di Sungai Petani (Oktober 2015), budak perempuan 8 tahun maut apabila abangnya yang memandu membrek kecemasan selepas terlanggar bonggol. Tidak dimaklumkan jenis kereta pemandu.
- Kes-3 berlaku Jun 2016 (artikel ini). Pemandu Honda City 2005 berlanggar dengan Mercedes.
Ini ialah kes pertama insiden maut tahun ini akibat beg udara Honda di Malaysia. Sebelum itu, pada 2014 dan 2015 juga mencatatkan satu kes setiap tahun yang juga melibatkan kematian disebabkan beg udara meletup.
Kami di PanduLaju meminta pemilik Honda negara ini supaya segera hadir ke pusat servis berdekatan untuk diperiksa. Jika anda ada ahli keluarga, saudara atau rakan yang memiliki kereta Honda, sila sampaikan notis panggil balik yang dikeluarkan Honda. Sila jangan ambil mudah peringatan ini!
Kepada keluarga mangsa, salam takziah daripada kami. 😥
SUMBER: The Star Online
Isbawandi says
Kes kedua melibatkan Hyundai/Inokom Matrix.
AO says
Sudah disahkan, kes-2 memang membabitkan kereta Honda City 2003. Ini berita Mei lepas >>> https://paultan.org/2016/05/04/inflator-beg-udara-takata-sdi-disahkan-pecah-dalam-dua-kemalangan-honda-malaysia/
Pemilik honda city says
Pergi honda nak tukar... xde plak stok... dah nak 2bulan ni... xde pun calling2x... harap cepatla honda sedia stok airbag tu... bahaya ni melibatkan nyawa...
MISI says
Alhamdulillah ...da tukar da....tp kne follow up byk kali la dgn honda care...kalu x silap dlam bulan 11 tahun lepas...mula2 call dulu seingat dalam bulan Jun 2015...itupun masuk dlam batch yg kedua.....n sebelum tu pun da eksiden langgar tiang... tertido keje malam...da merase gak la penangan airbag kat muke.....
pengat says
honda juga x terlepas dari masalah kualiti.... bnyak juga kes di luar negara...