SISTEM Brek Anti Kunci (ABS) ialah ciri keselamatan penting pada kenderaan masa kini. Bagi produk motosikal, ciri itu akan meningkatkan harga jualan dengan tambahan kira-kira RM1,000.
Di Vietnam, Yamaha FreeGo S, Honda Winner X atau SYM Star SR 170 adalah antara motosikal termurah yang menawarkan ciri ABS. Sebelum ini motosikal dengan ciri brek ABS di Vietnam hanya ditawarkan pada model berharga 80 juta dong (RM14,848) ke atas.
Namun ciri ABS pada motosikal masa kini sudah boleh didapati pada harga serendah 40juta dong (RM7,424). Berikut lima motosikal dengan ciri ABS paling laris di negara jiran Vietnam.
1. SYM FANCY 125 ABS - 38.9 JUTA DONG (RM7,220)
Dilancarkan pada akhir 2017, SYM Fancy 125 ABS ialah motosikal paling murah di Vietnam yang dilengkapi ciri brek ABS. Hingga kini, skuter tersebut masih kekal sebagai satu-satunya model dalam julat harga bawah 70 juta dong (RM12,990) yang menawarkan brek ABS pada roda depan dan belakang.
Dibina sebagai skuter khas untuk penunggang wanita, Fancy 125 ABS mempunyai rekabentuk lembut dan kompak yang menggunakan enjin silinder tunggal 124cc Ecotech berkuasa 9.7hp @ 8,500rpm dan tork 8.6Nm @ 6,500 rpm.
Fancy 125 ialah model pesaing kepada Honda Lead, tetapi sayangnya ramai pengguna Vietnam kurang sedar tentang kewujudan model itu di pasaran walaupun ditawarkan dengan ABS depan dan belakang.
2. YAMAHA FREEGO S - 38.9 JUTA DONG (RM7,220)
Pada April 2019, Yamaha melancarkan FreeGo dalam dua varian: Standard dan S. Tanda harga 38.9 juta dong, FreeGo S ialah motosikal dengan brek ABS paling murah di Vietnam.
FreeGo S memiliki rekabentuk maskulin sederhana, dan tidak terlalu agresif seperti NVX. Ini menyebabkan FreeGo kehilangan kualiti sebagai skuter lelaki keluaran Yamaha.
FreeGo S dilengkapi enjin silinder tunggal 125cc dengan teknologi BlueCore berkuasa 9.5hp @ 8,000 rpm dan tork maksimum 9.5Nm @ 5,500rpm. Selain brek ABS, FreeGo S juga memiliki sistem kunci pintar, teknologi mematikan enjin secara automatik dan sistem lampu LED.
BACA >>> Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!
3. HONDA WINNER X ABS - 49 JUTA DONG (RM9,090)
Dilancarkan pada Julai 2019, Honda Winner X ialah model universal pertama dalam segmen 150cc dengan brek ABS. Kehadiran ciri itu adalah strategi Honda untuk bersaing dengan Yamaha Exciter.
Winner X tampil dengan rekabentuk berbeza sepenuhnya berbanding model generasi pertama. Selain klac tangan universal, kapcai itu juga disediakan jam digital dan suis lampu, manakala enjin jenis silinder tunggal 149.1cc dengan teknologi PGM-FI berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500 rpm.
BACA >>> #BikinMotor: 16 Foto Honda Winner @ RS150R Ubah Suai Ini Boleh Bikin Anda Gigit Bibir
4. YAMAHA GRANDE HYBRID ABS - 49.5 JUTA DONG (RM9,190)
Sebelum FreeGo S dilancarkan, Grande Hybrid ABS pernah menjadi motosikal Yamaha termurah dengan ciri brek ABS. Versi ABS milik Grande Hybrid berharga 49.5 juta dong. Grande mempunyai rekabentuk lembut dengan banyak lekukan cembung seluruh badan.
Grande Hybrid dipertingkat dengan sistem lampu LED depan dan belakang baharu, skrin warna TFT, teknologi penghidup tekan (push start) dan sistem mematikan enjin sementara.
Trenkuasa dijana enjin BlueCore 125cc berkuasa 8.3hp dan tork 10.4Nm. Sistem hibrid dengan tenaga elektrik membantu skuter ini mendapat 7 peratus tork untuk tunggangan awal atau pecutan lebih baik.
5. SYM STAR SR 170 - 49.9 JUTA DONG (RM9,260)
Dihasilkan untuk menentang Yamaha Exciter dan Honda Winner, SYM melancarkan Star SR 170. Berdasarkan spesifikasi, Star SR 170 terbukti lebih unggul berbanding pesaing Jepun. Model SYM ini menggunakan enjin Ecotech 174.5cc berkuasa 15hp @ 8,500rpm dan tork 13.6Nm @ 7,500rpm.
Walaupun enjin lebih besar daripada Exciter dan Winner sebanyak 25cc, kuasa dihasilkan agak rendah. Sebagai balasan, Star SR 170 dilengkapi ciri brek ABS yang berjaya mengatasi dua pesaing Yamaha dan Honda. Tidak lama kemudian, apabila Winner X melakukan debut, Star SR 170 kehilangan kelebihan.
Model SYM tidak mempunyai rekabentuk mengagumkan. Malaha perincian kemasan juga tidak terlalu bagus pesaing lain..
BACA >>> SYM VF3i LE - Edisi Terhad 5,000 Unit dengan ABS Lancar! Harga RM9,338
SUMBER: Zingnews
Leave a Reply