• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Honda Jepun Perkenal Sistem Anti-Kecurian untuk CBR250RR

Honda Jepun Perkenal Sistem Anti-Kecurian untuk CBR250RR

July 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

922
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI MALAYSIA, motosikal yang jadi sasaran pencuri akan buat ramai pemilik tidak senang duduk setiap kali diparkir di kawasan awam. Jika nasib kurang baik, motosikal boleh lesap dan semacam mustahil untuk mendapatkan ia semula.

Antara sebab situasi itu berlaku adalah kerana pengeluar masih belum mahu membekalkan ciri anti-kecurian pada produk mereka atas alasan kos tinggi.

BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!

Namun, Honda di Jepun mengambil inisiatif yang patut dipuji apabila memperkenalkan ciri keselamatan imobiliser anti-kunci untuk model CBR250RR. Ciri keselamatan itu dikatakan mampu membuatkan pencuri amatur mati kutu, ataupun sekurang-kurangnya melengahkan kerja-kerja mencuri.

Honda memperkenalkan dua alat keselamatan, terdiri daripada sistem penggera dan imobiliser yang ditawarkan berasingan. Pemasangan pula dijamin Honda tidak akan merosakkan bahagian elektronik dan menjejaskan waranti sedia ada.

Operasi kerja imobiliser dengan kod komponen 08E72-K64-JOO disepadukan bersama kunci penghidup. Jika berlaku sistuasi bahagian kunci cuba dipecahkan, secara automatik sistem pencucuhan akan terputus. Ini termasuk amaran penggera jika sensor mengesan motosikal bergoncang.

Menariknya, indikator lampu boleh dihentikan untuk menjimatkan bateri.

BACA >>> Deruman Dwi-Silinder Terdengar di Litar Honda, Indonesia Terima CBR250RR Bulan Ini?

Honda CBR250RR 2017
Honda CBR250RR 2017
Honda CBR250RR 2017 Racing Red

Walaupun harga imobiliser ini cuma 13,000 yen (RM520), tetapi caj pemasangan adalah mahal, mencecah angka 24,200 yen (RM960). Selain imobiliser, Honda turut memperkenalkan sistem penggera anti-kecurian yang akan mengeluarkan bunyi apabila motosikal digoncang.

Menggunakan nombor kod 08E70-HAC-000, harga sistem itu lebih murah, iaitu 5,980 yen (RM240) dengan caj pemasangan 17,248 yen (RM686).

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp
BACA >>> Young Machine Lakar Imej Bayangan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder

Related

922
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: anti pencuri, Honda, Honda CBR 250RR, Honda Jepun, Immobilizer, sportbike, Sportbike Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev