BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model touring BMW S1000XR (2020) terbaharu ke pasaran Malaysia yang menggabungkan ciri ikonik dalam sejarah BMW Motorrad dengan karakter tunggangan lebih moden.
Berikut 10 fakta pantas BMW S1000XR (2020) yang kini sudah pun berada di pusat jualan sah BMW:
1. Berbekalkan enjin dan suspensi diperbaharui, S 1000 XR menawarkan tunggangan jauh lebih selesa dengan penurunan berat jentera 10kg.
2. Menampilkan karakter lebih ringan, laju dan versatil yang dipadukan sistem ekzos baharu lebih ringan dan suspensi dengan Flex Frame untuk menambah baik ergonomik tunggangan. Frem dan swingarm kini 2.1kg lebih ringan, manakala swingarm kedua-dua bahagian mengurangkan berat tanpa pegas (unsprung) 1.6kg.
3. Dikuasakan enjin 4-silinder sebaris 999cc berkuasa 165hp @ 11,000rpm dan tork 114Nm @ 9,250rpm membolehkan jentera mencapai kelajuan maksimum 200kmj. Kelancaran tunggangan kini lebih baik dengan nisbah gear 4,5,6 lebih panjang, sekali gus menawarkan kecekapan bahan api atas kertas 6 liter per 100km.
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Jentera Touring Benelli Paling Berkuasa
4. Selain klac anti-gelincir (anti-hopping), S1000XR (2000) didatangkan dengan kawalan tork drag enjin (MSR) yang mampu mengelak simptom tayar belakang menggelincir akibat perubahan halaju atau gear dianjak turun mendadak.
5. Sistem lampu depan didatangkan dengan dua unit lampu LED simetri, iaitu satu untuk lampu rendah dan satu lagi lampu tinggi serta lampu parkir. Lampu selekoh adaptif direka dengan iluminasi yang dipertingkatkan untuk pencahayaan lebih baik di selekoh ketika tunggangan malam. Ada juga ciri lampu siang (DRL), Pro DRL sebagai spesifikasi standard.
6. Panel instrumen diperbaharui dengan paparan multi-info yang tertera pada skrin TFT 6.5 inci. Skrin Pure Ride memaparkan maklumat tunggangan asas seperti status motor, manakala skrin Core menunjukkan kedudukan miring, brek dan kawalan traksi. Paparan sistem navigasi dengan aplikasi didatangkan sebagai ciri standard yang mana semua kawalan dilakukan menerusi Motorcycle Multi Controller pada bar hendal.
7. Motosikal kembara sport baharu ini menawarkan empat mod tunggangan– Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Buat julung kali, mod Dynamic Pro boleh dikonfigurasikan sepenuhnya untuk membekalkan opsyen tetapan lebih besar. S1000XR (2020) terbaharu juga dilengkapi generasi teknologi terkini Kawalan Tork Dinamik (DTC)
dan fungsi DTC Wheelie yang boleh dikonfigurasi berasingan.
8. Juga dibekalkan ciri ABS Pro dan kawalan daki bukit HSC Pro. Model ini turut dilengkapi sistem suspensi depan dan belakang kawalan elektronik BMW Motorrad Dynamic ESA. Bagaimanapun, penunggang yang mahukan mod redaman boleh laras (ada dua mod: Road dan Dynamic), dan pelarasan beban automatik perlu membeli Dynamic ESA Pro, ditawarkan sebagai opsyen, termasuk ciri kawalan jelajah, lampu belok adaptif dan quick shifter HP Shift Assistant Pro.
BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR
9. S1000XR (2020) ditawarkan dalam dua warna: Ice Grey (putih-kelabu) dan Racing Red (merah). Pada harga RM121,500, BMW turut menawarkan aksesori tambahan seperti beg sisi, kotak atas dan beg fabrik, bar hentakan gentian karbon, komponen M Machined Hi-Lo atau visor angin gelap.
10. Pelan kewangan Servis Kewangan BMW Group Malaysia menawarkan pemilikan S1000XR (2020) bermula RM1,969 sebulan.
BACA >>> BMW Motorrad Tawar Pakej M Performance (2020) untuk S 1000 RR
Leave a Reply