• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Deruman Dwi-Silinder Terdengar di Litar Honda, Indonesia Terima CBR250RR Bulan Ini?

Deruman Dwi-Silinder Terdengar di Litar Honda, Indonesia Terima CBR250RR Bulan Ini?

June 30, 2020 By Admin PanduLaju 2 Comments

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHABAR dari jiran seberang ini memang boleh buat kita cemburu. Ketika lama menunggu Honda CBR250RR yang entah bila akan muncul (katanya hujung tahun tetapi belum ada kepastian), tetapi sekarang muncul pula berita terbaharu pasal sportbike suku liter itu di Indonesia.

Portal automotif IwanbBanaran mendakwa Astra Honda Motor (AHM) kini sedang melakukan sesi tunggang uji CBR250RR (2021) di litar tertutup.

BACA >>> Kawasaki Indonesia Dedah Video Acah Ninja ZX-25R, Lancar 10 Julai Depan

Honda CBR250RR (2020)_3
Honda CBR250RR (2020)_2

Bagaimanapun, ramai peminat motosikal Indonesia mengakui kesukaran melihat foto intip Honda, tidak semudah pesaing lain seperti Yamaha, Suzuki atau Kawasaki yang selalu dikesan melakukan tunggang uji jalanan. Ini kerana AHM memiliki fasiliti litar sendiri dengan beberapa bahagian rintangan yang dibuat mirip simulasi jalan raya awam.

Tunggang uji tertutup itu membolehkan AHM menyembunyikan apa saja model baharu yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

PEMBACA DENGAR DERUMAN DWI SILINER

honda-cbr250rr-facelift-2020-jepun-1
HONDA CBR250RR (2020)_2

Menurut IwanBanaran, berita mengenai tunggang uji AHM itu diperoleh daripada pembaca yang mendakwa terdengar deruman enjin dwi silinder tanpa henti di sebalik tembok litar.

Wak Honda apakah lagi ada projek motor 250cc baru… Saya kemaren nongkrong di samping AHM yang baru bagian sirkuit belakang saya dengar motor dites muter-muter lebih dari 30 kali. Kayaknya.. Suara kenalpot (ekzos) motor 2 silinder," katanya.

Terdahulu, Honda dikatakan sedang menyiapkan CBR250RR versi dipertingkat (facelift) dengan peningkatan kuasa 3ps dan beberapa ciri baharu yang bakal diperkenalkan Jun atau Julai tahun ini. Namun, terpaksa ditunda kerana krisis wabak Covid-19.

Ada kemungkinan model itu diperkenalkan sekitar Ogos ini, tetapi IwanBanaran berpendapat model 250cc itu sedia dilancarkan lebih awal, iaitu bulan ini. Ini bagi meningkatkan momentum sportbike suku liter itu seiring kehadiran Kawasaki ZX-25R pada 10 Julai nanti.

BACA >>> Perbandingan: Data Dyno Kawasaki Ninja ZX-25R vs Honda CBR250RR
BACA >>> Boon Siew Honda Akan Bawa Masuk CBR250RR Hujung Tahun Ini?

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda, Honda CBR 250RR, Honda CBR250RR (2020) Facelift, roda2, sportbike, Sportbike Suku Liter

Comments

  1. Jan says

    July 2, 2020 at 11:39 AM

    harga lebih kurang kawasaki, tapi rasanya dari segi power mmg x dpat fight 4 silinder, terlalu jauh bezanya.

    kawasaki zx25r boleh buat 42hp kat tayar, cbr pulak bertuah kalau dapat 41hp kat crank, kat tayar mesti jatuh lagi dalam 35hp je.

    Reply
  2. Racer says

    July 9, 2020 at 4:02 AM

    Bolok mu kawe geng pantai Timur lagi tau dari mu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev