DUCATI menyerahkan superbike edisi terhad Superleggera V4 kepada pemilik pertama model itu dengan nombor siri 001/500. Model itu cuma dihasilkan 500 unit sahaja.
Model itu, yang dikatakan superbike pengeluaran paling ringan di dunia, diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali kepada pembeli dari Belgium, Filip Van Schil yang sebelum ini adalah pemilik sembilan unit Ducati.
Van Schil dijemput mengambil model edisi terhad itu di kilang Borgo Panigale dan pada masa sama turut mengadakan jelajah khas di fasiliti berkenaan. Di situ, beliau berkesempatan melihat sendiri barisan pengeluaran model tersebut secara lebih dekat.
BACA >>> Ducati Superleggera V4 Siri #001 daripada 500 Unit Edisi Terhad Sudah Siap!
Sama seperti tawaran diberikan pembeli Superleggera V4 lain, Van Schil diberikan peluang menguji Panigale V4 R atas trek di Mugello. Superbike itu diterima bersama sijil ketulenan dan jentera disimpan dalam kotak kayu dengan grafik istimewa yang dihasilkan khas untuk pengangkutan.
Pakej lain diberikan adalah kit lumba yang membolehkan pemilik menjadi sebahagian barisan kustom SuMisura Ducati untuk mendapatkan penampilan gaya Superleggera V4 mengikut cita rasa peribadi, dan dilengkapkan dengan helmet karbon.
Menariknya, 30 pemilik Superleggera V4 diberikan akses 'Pengalaman MotoGP', iaitu peluang menunggang jentera Desmosedici GP di litar dengan bantuan juruteknik Ducati Corse.
BACA >>> CEO Ducati: Superleggera V4 ke Litar Nardo untuk Fasa Pengeluaran Akhir
UJI PANIGALE V4R DI TREK MUGELLO
Superleggera V4 adalah satu-satunya motosikal dunia dengan frem, subfrem, swingarm dan rim gentian karbon yang sah ditunggang atas jalan. Ia dibina berasaskan Panigale V4, tetapi casis yang dipasang hanya seberat 6.7kg, menjadikan berat kering superbike itu 154kg sahaja. Malah, dikurangkan lagi kepada 152kg apabila dipasangkan ekzos Akrapovic.
Dengan angka seringan itu, Superleggera V4 memiliki nisbah kuasa-kepada-berat terbaik berbanding mana-mana motosikal jalanan pengeluaran yang pernah dibina.
BACA >>> Ducati Panigale V4R LEGO Skala 1:1 Ini Boleh Ditunggang, Ambil Masa 400 Jam Disiapkan
Jan says
mungkin yamaha boleh keluarkan "Y15ZR Superleggera", full carbon dari frame sampailah ke rim. baru betul collectors edition.