• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Indonesia Dedah Video Acah Ninja ZX-25R, Lancar 10 Julai Depan

Kawasaki Indonesia Dedah Video Acah Ninja ZX-25R, Lancar 10 Julai Depan

June 27, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENANTIAN Kawasaki Ninja ZX-25R akhirnya sampai ke penghujung.

Kawasaki Motor Indonesia (KMI) memuat naik video acah dalam akaun YouTube wakil pengeluar itu yang mendedahkan 10 Julai jam 3 petang (waktu tempatan) sebagai tarikh rasmi pelancaran sportbike empat dapur itu secara maya.

Video itu, yang berjudul '2 Kawasaki Ninja ZX-25R meets Sentul International Circuit' (2 Kawasaki Ninja Zx-25R bertemu di Litar Antarabangsa Sentul), mengesahkan foto intip yang tular di media sosial sebelum ini. Rupa-rupanya KMI sedang menjalani penggambaran video untuk sportbike tersebut.

Video itu, yang berdurasi 54 saat (lihat atas), menunjukkan kelibat dua model ZX-25R iaitu versi lumba dan hijau KRT sedang berlumba di litar Sentul dengan ngauman ekzos yang nyaring dan padat.

Sebaik saja kedua-dua model tersebut melepasi garis penamat, tertera perkataan 'Screaming In-Line 4 Power' dan 'Ninja ZX-25R'. Akhir video tertera maklumat pelancaran sportbike itu.

BACA >>> Perbandingan: Data Dyno Kawasaki Ninja ZX-25R vs Honda CBR250RR

Sementara itu, satu lagi video dikeluarkan KMI memaparkan aksi Ninja ZX-25R dikerah hingga 152kmj dengan model versi lumba.

Persoalannya, adakah spesifikasi lengkap Ninja ZX-25R akan didedahkan pada acara pelancaran kelak? Apakah pilihan varian yang diterima pelanggan Indonesia? Berapakah pula harga sebetulnya? Apapun, orang Malaysia perlu terus sabar menanti.

Ingat, 10 Julai, 3 petang (4pm waktu Malaysia)!

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Ngauman Ekzos Kawasaki Ninja ZX-25R dari Litar Sentul Indonesia!
BACA >>> #Spyshot: Kawasaki ZX-25R Versi Lumba Ditunggang Uji di Indonesia

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Indonesia, Kawasaki ZX-25R, Kawasaki ZX-25R Versi Lumba, roda2, sportbike, Sportbike Suku Liter, teaser, video

Comments

  1. Jan says

    June 28, 2020 at 12:31 PM

    Akhirnya, setelah setahun kena bakar.

    Semoga x mengecewakan !

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my