• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Dedah Foto Awal Carnival Generasi Keempat dengan Gaya Lebih Kontemporari

Kia Dedah Foto Awal Carnival Generasi Keempat dengan Gaya Lebih Kontemporari

June 30, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

675
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS foto acah, Kia Motors Corporation mendedahkan pula imej awal model kenderaan pelbagai guna (MPV), Carnival generasi keempat yang bakal menemui pelanggan di Korea Selatan pada suku ketiga tahun ini.

Carnival baharu ini, yang turut dikenali sebagai Sedona, direka untuk menarik perhatian famili muda progresif dengan menawarkan pelbagai ciri menarik. Di pasaran Malaysia, saingan Carnival adalah Honda Odyssey. Di Amerika Syarikat pula, Sedona juga bersaing dengan Odyssey (tetapi berbeza dengan versi Malaysia dan Jepun) dan Toyota Sienna.

BACA >>> Kia Tunjuk Foto Acah Carnival Generasi Keempat Baharu dengan Gaya Ala Sorento

Dari segi rekabentuk, Carnival baharu dibangunkan sebagai model evolusi yang membawa bayangan MPV terdahulu. Ia masih lagi Carnival yang biasa dikenali, tetapi diberikan sentuhan baharu lebih segar. Gaya dan perincian kini senada dengan Seltos dan Sorento, serta turut dipengaruhi profil sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dari depan, pilar-A dianjak lebih landai ke belakang untuk menghasilkan bonet lebih panjang. Jarak roda pun dipanjangkan untuk mendapatkan ruang kabin lebih luas selain menyumbang kepada dimensi badan lebih panjang dan siluet lebih atletik.

Identiti hidung harimau (tiger nose) pada gril digubah menarik dengan mengetengahkan rekaan paten silang, manakala lampu utama tampil lebih dramatik. Dari tepi, garis badan MPV itu direka minimalis yang bersambung sepanjang sisi badan dari depan ke belakang.

Pasukan pereka Kia turut bermain dengan permukaan lengkung, dengan gerbang roda maskular dan tajam yang jelas menonjolkan penampilan MPV tersebut.

Ciri menarik lain Carnival baharu ialah rekabentuk bumbung pulau (island roof) dengan pilar digelapkan. Rekaan pilar-C pula meminjam pengaruh Sorento baharu.

Rupa belakang menampilkan perincian menarik yang menunjukkan Carnival baharu ini bukan sekadar MPV tipikal untuk mengangkut penumpang saja.  Sebenarnya, ada banyak maklumat lain belum didedahkan Kia seperti bahagian dalaman dan trenkuasa.

Apapun, Kia setakat ini memperkenalkan Carnival baharu dengan rekabentuk penuh gaya yang mampu membuatkan ramai tertarik dengan MPV tersebut. Ia masih MPV berkotak, tetapi kali ini dipersembahkan dengan kreativiti dan perincian menarik dan segar.

BACA >>> Kia Bakal Perkenal Satu Lagi SUV Baharu Lebih Kompak Selepas Seltos

GALERI

Related

675
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kia, Kia Carnival, Kia Carnival Generasi Keempat, MPV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev