• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / BRIDE Hasilkan Pelitup Muka Guna Perca Fabrik Kerusi Kereta, Harga RM120

BRIDE Hasilkan Pelitup Muka Guna Perca Fabrik Kerusi Kereta, Harga RM120

June 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

232
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BRIDE ialah pengeluar produk kerusi dan rel kerusi kereta aftermarket dari Jepun yang menawarkan produk berkualiti tinggi seperti Bride Low Max, Bride Zeta, Bride Zieg dan Euroster. Terbaharu, pengeluar itu mahu menawarkan satu lagi produk yang tiada kaitan dengan automotif.

Seiring situasi yang melanda dunia, BRIDE menggunakan kepakaran dalam pembuatan kerusi kereta untuk menghasilkan pelitup muka dengan nama BR3D Mask.

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Pantas Cuci Kerusi Fabrik Kereta

Pelitup muka BRIDE BR3D akan diperkenalkan di Jepun pada 26 Julai ini. Produk tersebut dibangunkan menggunakan teknologi yang sama untuk memotong dan menjahit fabrik kerusi jenama itu. Seperkara lagi, BRIDE juga tidak menggunakan kain baharu, tetapi mengitarkan semula perca fabrik kerusi yan ada untuk dijadikan pelitup muka.

BRIDE BR3D dihasilkan menggunakan fabrik kerusi yang tertera logo BRIDE di luar. Bahagian dalaman memiliki struktur empat lapisan yang menggabungkan kain dengan potongan UV dan kain poliester yang menurut pengeluar itu memberikan rasa sejuk dan selesa pada musim panas.

Produk itu juga boleh dicuci untuk digunakan semula berulang kali. BRIDE kini membuka pesanan untuk pelanggan berminat, tetapi hanya dikhaskan untuk pasaran Jepun. Harganya pula 3,000 yen (RM120).

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Aerox 155 Kustom dengan Tiga Aksesori Jenama Lokal
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pakai Topeng Muka dengan Betul?

Related

232
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Aksesori Aftermarket, Betty Smith Edition Bride Low Max, Bride, BRIDE BR3D, BRIDE BR3D Mask, Covid-19, topeng muka, topeng pelindung muka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev