• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #RetroAuto: Pontiac Ghost Car (1939) - Kereta Plexiglass Pertama yang Lut Sinar

#RetroAuto: Pontiac Ghost Car (1939) - Kereta Plexiglass Pertama yang Lut Sinar

June 25, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PONTIAC GHOST CAR ialah kereta lut sinar penuh pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menempah nama dalam sejarah automotif Negara Uncle Sam itu.

Badan kereta itu dibina berasaskan casis Pontiac Deluxe Six (1939) yang menggunakan kaca Plexiglass, iaitu material plastik yang dicipta pada abad lalu dengan ciri lut cahaya, kalis derai, fleksibel dan kuat. Misterinya, 'kereta hantu' itu masih wujud sampai sekarang walaupun tiada pemandu yang cukup berani memandu di jalan raya.

BACA >>> Peminat Fanatik Knight Rider Ini Hasilkan K.I.T.T. Paling Sempurna

Idea mencipta Ghost Car timbul semasa General Motors (GM) membuat persediaan untuk Pesta Dunia New York (NYWF) 1939-1940. Pada masa sama, industri automotif sedang berkembang yang mana setiap isi rumah kelas pertengahan pada masa itu memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta di rumah.

GM juga mahu meningkatkan jualan kenderaan dan pengeluar itu sedang mencari sesuatu untuk dibawa ke pameran berkenaan, iaitu sesuatu yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

Ghost7
Ghost6
Ghost4
Ghost5

Pereka, Norman Bel Geddes dan artis, Dean Cornwall dipanggil GM dan diberikan tugasan khas: pameran 'Highways and Horizons'. Di sini timbul pula percanggahan iaitu siapa sebenarnya membina kereta tersebut?

Versi rasmi ialah GM menguruskan semua perkara, tetapi ada percaya kereta tersebut melibatkan kerjasama antara Fisher Body Co dan Rohm and Haas, iaitu syarikat kimia yang memperkenalkan Plexiglass ke pasaran.

Hasil binaan terbukti menakjubkan dengan casis Pontiac Deluxe Six menggunakan badan Plexiglass sepenuhnya. Semua skru dan nat kereta disalut krom, manakala papan pemuka, kabel dan getah mounting berwarna putih untuk dipadankan dengan tayar U.S. Royal Tires. Di sebalik badan lut sinar, kelihatan beberapa struktur pada casis berwarna tembaga.

BACA >>> #BikinMotor: Smoked Garage Ghost - Triumph Speed Triple Jadi Roadster Eksotik

Satu kenyataan dalam siaran akhbar 1939 menyebut;

Sebuah kereta lut cahaya, model pertama dibina di AS, adalah bahan pameran paling menonjol di ruang reruai Divisyen Fisher di bangunan GM Highways and Horizons di Pesta Dunia New York.

Kereta ini dicipta untuk mempamerkan ruang dalaman rigid dengan beberapa ciri lain lengkap seperti cermin tingkap boleh turun-naik, dan pintu boleh buka-tutup."

Objektif pembinaan kereta luar biasa itu ada dinyatakan dalam siaran akhbar sama: 'Satu pandangan mengenai nilai-nilai tersembunyi di sebalik binaan kereta Pontiac.'

Ghost Car menjadi topik perbuatan kumpulan penggemar kereta dan komuniti automotif selama bertahun-tahun selepas kereta tersebut ditayangkan kepada umum.

MISTERI GHOST CAR II

Pontiac Torpedo Eight (1940)

Pada 1940, Ghost Car menerima sentuhan naik taraf bahagian depan dan gril dengan anggota famili baharu. Replika kereta hantu kedua ini turut menggunakan Plexiglass, tetapi kali ini berasaskan casis Pontiac Torpedo Eight. Kereta ini pernah muncul di Golden Gate Exposition pada 1940 di Treasure Island, Teluk San Francisco.

Malangnya, Ghost Car II tiba-tiba ghaib entah ke mana, sebaliknya Ghost Car I kekal selamat. GM kemudian membenarkan Ghost Car I dipamerkan di Institusi Smithsonian bermula 1942 hingga 1947 sebelum dialih keluar kerana tidak lagi dianggap bahan menarik atau baharu dijadikan pameran.

Kereta berkenaan dihantar kepada pelbagai wakil pengedar Pontiac seluruh AS dan berakhir sebagai sebahagian koleksi persendirian.

Pada 2011, Ghost Car I muncul dalam satu acara lelongan RM Sotheby’s sebelum berpindah tangan ke pemilik baharu dengan bayaran AS$308,000 (RM1.3 juta) yang dijual sebagai kereta pameran kerana tiada nombor pengenalan kenderaan (VIN).

Perbatuan Ghost Car I ketika itu menunjukkan catatan perjalanan 138km sahaja yang membuktikan kereta tersebut tidak pernah dipandu. Kondisi kereta ketika dilelong dikhabarkan mengalami sedikit kecacatan seperti kesan retak dan lusuh yang minimum, manakala saluran bahan api perlu ditukar.

Satu lagi persoalan belum dijawab, siapakah sebenarnya menanggung kos Pontiac Ghost Car yang dianggarkan berharga AS$25,000 (RM106,975), iaitu nilai yang agak besar pada era itu? Apapun, pelaburan tersebut berjaya membantu GM menempa nama dalam sejarah automotif AS sebagai pengeluar pertama menghasilkan kereta lut sinar penuh di AS.

BACA >>> General Motors (GM) Hasilkan Transmisi 3 Klac dengan 11-Kelajuan

GALERI
Ghost 1
Ghost8
Ghost2
Ghost9
Ghost
Ghost3
Ghost7
Ghost6
Ghost5
Ghost4

SUMBER: AutoEvolution

Related

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: General Motors (GM), Pontiac, Pontiac Deluxe Six (1939), Pontiac Ghost Car, Pontiac Ghost Car (1939), RM Sotheby's, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev