• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat

Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat

June 21, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

492
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CASEY Stoner berpendapat keputusan Valentino Rossi untuk pergi ke pasukan Petronas Yamaha SRT akan memberi kesan ke atas karier pelumba itu.

Menurutnya, Rossi akan meninggalkan legasi besar jika komited mengundurkan diri dan bukan merelakan diri diturunkan pangkat ke pasukan satelit Yamaha. Difahamkan Rossi akan mengesahkan status mengenai masa depannya dalam MotoGP secara rasmi sebelum aksi pusingan pertama kelas premier MotoGP 2020 bermula di Jerez.

Jika ke Petronas Yamaha SRT, itu adalah kali pertama Rossi melakukannya sepanjang karier beliau sebagai pelumba kelas premier.

BACA >>> Rossi: Dulu Ramai Cakap Menang Sebab Honda, Jadi Aku Pindah ke Yamaha

Rossi:Stoner_1
Rossi:Stoner_2

Namun menariknya, itu juga kali pertama pelumba pasukan satelit diberikan jentera dan kru yang sama seperti pasukan pengilang. Rossi masih akan menerima jentera yang setanding pelumba utama Yamaha, Maverick Vinales dan penggantinya, Fabio Quartararo. Semua spesifikasi adalah sama kecuali skema warna.

Namun bagi Stoner, perpindahan Rossi ke Petronas SRT tetap seperti 'turun pangkat' kerana ia berlaku daripada tindakan Yamaha dan bukan Rossi sendiri yang membuat keputusan dan menetapkan syarat.

Stoner berkata;

Aku percaya jika dia tinggalkan sukan awal sikit, dia akan tinggalkan legasi. Namun, dia sekarang menunjukkan dirinya dikalahkan dan sangat kecewa melihat seorang yang sebelum ini jadi rebutan pasukan dan sangat bertuah memilikinya, tapi kini turun ke pasukan satelit."

casey-stoner-motogp-1
Rossi Yamaha (2004)_
valentino-rossi-misano-2019

Kemerosotan penampilan Rossi seiring dengan aksi di luar jangkaan ditunjukkan Quartararo ketika melakukan debut MotoGP 2019. Dengan enam grid depan dan tujuh podium, status pelumba Perancis itu sebagai calon juara dunia masa depan memaksa Yamaha bertindak pantas merekrutnya sebagai pelumba pasukanpengilang.

Namun,  Stoner tetap masih percaya bahawa Rossi adalah antara elit MotoGP kerana berpeluang besar untuk mencatat kejayaan bersama pasukan muda Malaysia.

"Aku rasa Valentino masih ada potensi untuk dapat beberapa keputusan hebat dan mungkin dapat beberapa kemenangan pada masa depan, tak ragu-ragu lagi. Kau tidak hanya kehilangannya. Sangat sedih bila tengok dia tak lagi bagi ancaman untuk podium macam dulu-dulu."

BACA >>> Yamaha Bersedia Pasangkan Enjin Turbo untuk Barisan Motosikal Baharu?
BACA >>> Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?

SUMBER: VisorDown

Related

492
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Casey Stoner, MotoGP, roda2, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi

Comments

  1. Hs Vinales says

    July 17, 2020 at 7:26 AM

    Lagi malu bersara awal. Tak boleh fight sampai umur 40.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev