SELANGOR membenarkan pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di negeri itu memulakan operasi secara berperingkat bermula Isnin depan (15 Jun).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembukaan semua jenis pasar itu akan dilaksanakan dengan merujuk prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang disesuaikan dan diselaras pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, kelas muzik dan kelas seni turut dibenarkan beroperasi, termasuk aktiviti pendakian dalam satu kumpulan yang tidak lebih tiga orang, tetapi perlu mematuhi penjarakan sosial.
Amirudin dalam kenyataan media hari ini berkata, sebarang bentuk aktiviti di Selangor membabitkan sektor ekonomi, sosial dan rekreasi perlu mematuhi SOP ditetapkan MKN. Kerajaan Negeri tidak teragak-agak menutup premis atau kawasan berisiko sekiranya SOP gagal dipatuhi.
Kerajaan Negeri turut mengingatkan semua pihak supaya mengimbas kod QR aplikasi SELangkah atau ‘Langkah Masuk Dengan Selamat’ sebelum masuk ke mana-mana premis, dan memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan diri, iaitu kerap mencuci tangan.
BACA >>> PKPP: Bas Ekspres Boleh Bawa Penumpang Penuh, Operasi Tanpa Had Masa
BACA >>> Tengku Laksamana Selangor Beli Proton Perdana 'Custom Made'
SUMBER: Bernama
Leave a Reply