• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 10 Fakta Menarik Tentang Volkswagen yang Mungkin Anda Tidak Tahu

10 Fakta Menarik Tentang Volkswagen yang Mungkin Anda Tidak Tahu

June 22, 2016 By Han Othman Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK semua orang kenal Buggati Veyron, tetapi mustahil ada yang tidak kenal Volkswagen, jenama automobil Jerman yang bertahan hampir 80 tahun. Berikut ialah 10 fakta menarik di sebalik Volkswagen yang mungkin anda tidak tahu.

FAKTA 1

adolf-hitler
Pemimpin fasis, Adolf Hitler ialah individu yang bertanggungjawab mencetuskan idea penubuhan Volkswagen yang membawa maksud 'kereta rakyat'. Slogan digunakan Volkswagen kini ialah Das Auto yang bermaksud 'Kereta'.

BACA >>> Inilah Satu-Satunya Legasi Adolf Hitler yang Disayangi Dunia

FAKTA 2

vw-beetle
Volkswagen Beetle klasik dipasarkan dari 1938-2003, iaitu 65 tahun, manakala jumlah keseluruhan Beetle dihasilkan sepanjang tempoh berkenaan ialah 21,529,464 unit.

FAKTA 3

vw-golf-gti-rabbit
renault-5-gordini

Ramai menganggap Volkswagen Golf GTI ialah model hot hatch pertama, sedangkan realitinya ialah Renault 5 Gordini.

FAKTA 4

vw-factory-wolfburg
Ibu pejabat Volkswagen terletak di Wolfburg, Lower Saxony, Jerman. Antara kereta dipasang di kilang itu ialah model terpantas dunia di bawah jenama Buggati.

FAKTA 5

vw-w12-coupe
Pada 23 Februari 2002, model konsep, Volkswagen W12 Coupe mencatatkan rekod kereta enduran terpantas dunia dalam tempoh 24 jam di trek Nardo Ring dekat Lecce, Itali dengan jarak 7,740.576 kilometer pada kelajuan 322.891kmj.

FAKTA 6


VW bukan hanya mengeluarkan trak, tetapi juga menyertai perlumbaan Formula Trak. Volkswagen ialah penyandang juara Formula Trak 2014 dan 2015, serta merupakan juara terbanyak, iaitu enam kali. Antara jenama trak dikeluarkan Volkswagen ialah Constellation, Worker dan Delivery.

FAKTA 7

vw-herbie
Warna putih dengan logo 53 adalah skema warna popular bagi Volkswagen Beetle berikutan tempias populariti filem Herbie yang memaparkan model itu sebagai sebuah kereta lumba.

FAKTA 8

porsche-type-12
porsche-type-32

Rekabentuk seperti Volkswagen Beetle muncul pertama kali menerusi model Type-12 (gambar kiri) dan Type-32 (kanan) hasil rekaan Ferdinand Porsche seawal 1932 dan bukan di bawah label Volkswagen. Prototaip Volkswagen Beetle hanya muncul pada 1936.

FAKTA 9

vw-beetle-last
Volkswagen terakhir dihasilkan  di kilang Puebla, Mexico pada 30 Julai 2003 dan segera dihantar ke muzium Volkswagen di Wolfburg, Jerman. Dua cengkerang (badan) Beetle terakhir pula dibuat di Jerman dan dilindngi dengan lilin serta ditempatkan di gudang alat ganti Volkswagen di Milton-Keynes, England.

BACA >>> PANDU UJI: Volkswagen Beetle Club Edisi Terhad (2015)

FAKTA 10

vw-passat
vw-beetle-classic
vw-golf-gti

Volkswagen Passat, Volkswagen Beetle dan Volkswagen Golf ialah tiga model kereta yang ada dalam senarai 10 kereta paling laris sepanjang zaman.

SUMBER: 10-facts-about.com

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: adolf hitler, autotainment, fakta Volkswagen, Volkswagen, Volkwagen Beetle, Volkwagen Golf

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev