SEMALAM kami mendedahkan foto intip Kawasaki Ninja ZX-25R yang dikesan sedang diuji di Litar Sentul, Indonesia. Kali ini muncul pula video aksi sportbike tersebut yang kedengaran jelas deruman ekzos yang dilontarkan dari enjin 4-silinder 250cc itu.
Dipetik portal IwanBanaran, bunti deruman melengking itu dapat didengar pada durasi minit 5:34-6:00. Kelibat Ninja ZX-25R dalam video tersebut jelas mirip jentera didedahkan Kawasaki Motor Indonesia (KMI) sebelum ini dengan ekzos Yoshimura karbon penuh.
BACA >>> #Spyshot: Kawasaki ZX-25R Versi Lumba Ditunggang Uji di Indonesia
Bunyi dilontarkan cukup padu dan apabila terotel diperah keras, kita dakan dapat mendengar ngauman halus melengking. Daripada bunyi itu saja kita dapat buat kesimpulan rev enjin berada pada takah tinggi dalam 17,000-18,500rpm.
Jentera itu juga dirakamkan dilenjan secukupkan penunggang uji KMI, tetapi masih tidak diketahui motif sebenar tunggang uji itu dilakukan. Adakah KMI mahu menguji prestasi Ninja ZX-25R kerana model tersebut memang belum pernah diuji secara langsung atas trek Indonesia. Ataupun mahu melihat tahap pengendalian di selekoh selain mengumpul data untuk spesifikasi akan datang.
BACA >> Kawasaki NZ Buka Tempahan Ninja ZX-25R, Harga RM44k, Mahal daripada Ninja 650
PESAING SENGIT 250CC
Ninja ZX-25R bakal menjadi pesaing sengit dalam sportbike segmen 250cc. Malah menjadi satu-satunya sportbike suku liter era moden yang dibekalkan enjin 4-silinder. Trend tersebut sebelum ini hanya pernah wujud pada jentera era 80-90-an, sebelum pupus dengan regulasi emisi baharu yang membuatkan pengeluar menumpukan kepada pembangunan enjin dwi-silinder.
Keputusan Kawasaki untuk mengembalikan semula era sportbike 250cc dengan enjin 4-silinder nyata membangkitkan keterujaan dalam kalangan peminat motosikal sedunia. Apa yang menjadi isu sekarang ini, berapakah pula harga yang akan ditetapkan Kawasaki?
BACA >>> #Videotomotif: Bos Kawasaki Indonesia Dedah Bunyi Ekzos Lumba Ninja ZX-25R
Jan says
Semua org x sbar, seperti biasa, dua pertanyaan yang masih belum terjawab :
1. Specs?
2. Harga ?
Adakah bakal memenuhi harapan semua org? kita tunggu dan lihat.