• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Keputusan Rossi ke Petronas Yamaha SRT Diketahui Sebelum Aksi Jerez Bulan Depan

Keputusan Rossi ke Petronas Yamaha SRT Diketahui Sebelum Aksi Jerez Bulan Depan

June 9, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PRINSIPAL Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata, pasukannya kini hampir melengkapkan rundingan yang bakal menyaksikan legenda hidup, Valentino Rossi menjadi pelumba baharu pasukan satelit tersebut untuk saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2021.

Rossi sebelum ini ada membuat kenyataan yang  hasratnya untuk terus bersaing dalam MotoGP 2021 akan ditentukan berdasarkan prestasi musim ini. Namun, krisis Covid-19 yang melanda membuatkan segalanya berubah apabila perlumbaan terpaksa ditangguhkan.

BACA >>> Razlan: Belum Ada Rundingan dengan Rossi Pasal Petronas Yamaha SRT

ROSSI
rossi-lorenzo-sepang-day

Ketika tahap kompetitif Rossi menjadi tanda tanya dan aksi kelas premier MotoGP masih belum bermula, Yamaha Motor Racing pula merekrut rookie musim lalu, Fabio Quartararo sebagai pelumba baharu pasukan pengilang tersebut untuk menemani pelumba sedia ada, Maverick Vinales, sekali gus membuatkan nasib The Doctor terumbang ambing.

Bagaimanapun, Yamaha juga masih komited mahu mengekalkan pelumba Itali itu dengan menyatakan kesediaan memberikan tempat dan jentera gred A seperti mana digunakan pasukan pengilang walaupun beliau berlumba dengan pasukan satelit.

BACA >>> Rossi: Dulu Ramai Cakap Menang Sebab Honda, Jadi Aku Pindah ke Yamaha

KEPUTUSAN SEBELUM AKSI JEREZ, JULAI 2020

Datuk Razlan Razali
Valentino-Rossi-helmet

Walaupun kata putus berada di tangan Razlan selaku bos Petronas Yamaha SRT, Yamaha dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan pasukan satelit itu. Khabarnya, keputusan mengenai lamaran kepada Rossi akan diketahui menjelang penghujung Jun ini.

Memetik kenyataan daripada BHOnline, Razlan mengakui bukan mudah mahu memikat Rossi untuk menyertai Petronas Yamaha SRT, tetapi menurutnya keputusan muktamad dijangka dicapai sebelum pusingan pertama kelas premier MotoGP di Jerez, Sepanyol, 19 Julai nanti.

Perbincangan masih positif setakat ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju, maka semua akan jadi positif dan kita sedang menghala ke arah itu. Namun, ia masih belum dimuktamadkan lagi. Kita harap urusan ini dapat diselesaikan sebelum pusingan pertama bulan depan.

"Rossi bukan seorang pelumba biasa, jadi perbincangan itu tidak mudah (membabitkan banyak pihak), banyak yang perlu dibincangkan bersama.

"Kita akan buat satu sidang video bersama Rossi nanti. Dia ingin tahu apakah jangkaan pasukan terhadapnya bukan kerana dia terpaksa atau kita perlu mengambilnya. Sekiranya musim ini berlangsung baik, kita mungkin tidak melihatnya sebagai pilihan.

"Namun dengan keadaan sekarang (Covid-19), kita perlukan kestabilan dalam pasukan. Dalam situasi berbeza ini, elok untuk kita mengambil seorang pelumba yang boleh memberi kestabilan dalam pasukan," katanya.

Razlan juga tidak menolak kemungkinan Rossi menamatkan karier beliau bersama Petronas Yamaha SRT.

"Ada kemungkinan dia bersara dalam pasukan kita. Ini juga satu penghormatan. Tak sangka dalam tempoh sesingkat ini, pasukan sudah melalui banyak detik positif," kata Razlan lagi.

BACA >>> Maregalli: Dua atau Tiga Perlumbaan Sudah Cukup Tentukan Masa Depan Rossi

SUMBER: BHOnline

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Razlan Razali, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi, Yamaha Motor Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev