• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?

Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?

June 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

350
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUARA dua kali Kejuaraan Dunia MotoGP 2007 dan 2011, Casey Stoner dalam wawancara 'Under the Visor' yang dihoskan Chris Vermeulen, juga bekas pelumba, mengaku menarik diri menjadi pelumba ujian pasukan Honda kerana tidak disukai pelumba muda yang dipercayai Marc Marquez.

Stoner ketika menjawab soalan mengenai perancangan masa depannya untuk bersama mana-mana pasukan MotoGP, misalnya sebagai menjadi penunggang uji, mendedahkan;

Aku pernah buat perkara itu (jadi penunggang uji) dengan Ducati, dan awalnya pernah cuba dengan Honda tetapi ada rider muda baru masuk situ tak mahu aku kat sana," katanya.

Persoalannya, siapakah yang dimaksudkan Stoner itu? Ramai berpendapat pelumba muda itu ialah Marquez yang kali pertama direkrut naik ke MotoGP pada 2013. Stoner pula mengumumkan persaraan pada 2012 dan dia memang pernah menjadi penunggang uji untuk pasukan Repsol Honda pada 2013.

Jadi, memang kebarangkalian besar penunggang muda yang tidak dimaksudkan Stoner itu ialah Marquez.

Selain Honda,  Stoner juga pernah bekerjasama dengan Ducati. Namun, kedua-dua pihak gagal mencapai kesepakatan dan beliau akhirnya memilih mengundurkan diri kerana merasakan tidak dapat berikan apa yang dimahukan kepada pasukan.

BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
BACA >>>#Videotomotif: Beginilah Caranya Pelumba MotoGP Berbincang dengan Mekanik Sendiri

RINDUKAN KERJA BERPASUKAN

Casey Stoner_1
Casey Stoner_2
Casey Stoner_3

Stoner turut berkongsi niatnya yang pernah terlintas untuk kembali semula ke litar walaupun sudah memutuskan tidak akan kembali berlumba. Menurutnya, niat untuk kembali semula ke MotoGP bukanlah kerana perlumbaan tetapi kerana sukakan suasana kerja berpasukan.

Jawapan ini mungkin dengar tak cerdik, aku suka sesi latihan dalam keadaan cuaca baik dan motor pula beri kerjasama bagus. Begitu juga sesi kelayakan yang aku akan beri segalanya untuk satu lap dan menikmati saat itu.

"Cuma aku tak sukakan perlumbaan kerana perlu kerja keras selama 20 lap dan tidak boleh lakukan kesilapan dan kau pun tau aku mudah buat silap dengan motor.  Satu tekanan jari kecil pada brek depan, kau dah boleh jatuh. Banyak sangat tekanan. Aku cuma lega bila dapat tamatkan perlumbaan, itupun entah menang atau tak.

"Jadi aku lega dapat selesaikan tugas dan aku tak pernah rindukan pun perkara macam tu. Cuma aku rindu momen bekerja dengan pasukan dan pusingan kelayakan," katanya.

SUMBER: GPOne

Related

350
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Casey Stoner, Chris Vermeulen, Ducati, Ducati MotoGP, Honda Racing Corporation (HRC), HRC, Kejuaraan Dunia MotorGP, Kejuaraan MotoGP, Marc Marquez, MotoGP 2020, Pasukan Repsol Honda, Repsol Honda, Under the Visor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev