• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Rupa Kia Sportage Apabila Pasang Gril BMW

Inilah Rupa Kia Sportage Apabila Pasang Gril BMW

June 8, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL Kia mula tampil lebih elegan sejak melantik Peter Schreyer sebagai Ketua Pereka baharu untuk barisan produk jenama itu. Pereka asal Jerman itu memang terkenal dengan sentuhan ajaib dalam menghasilkan produk automotif istimewa seperti Audi TT dan model-model di bawah Volkswagen Group.

Schreyer juga bertanggungjawab memperkenalkan rekabentuk gril signatur Kia, diberikan nama Tiger Nose (Hidung Harimau). Jika anda perhatikan, bentuk asas gril itu mirip gril 'buah pinggang' (kidney) BMW.

Buktinya, seorang pemilik Kia Sportage memberanikan diri mengubah suai gril kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

KIA Sportage ex
KIA Sportage ex2

Versi kustom dilakukan begitu ringkas kerana tidak melibatkan aspek mekanikal, cuma perubahan kosmetik bahagian depan, atau lebih spesifik, gril. Model Sportage miliknya itu menggunakan gril yang dikustomkan daripada gril BMW dengan simbol X di tengah.

Menariknya, gril BMW itu dapat dimuatkan sebaiknya pada bentuk bingkai gril asal. Mungkin inilah rupa Kia yang di-BMW-kan.

Gril BMW
Gril BMW M

Lagi, bilah gril sebelah kanan diwarnakan biru, hitam dan merah yang mewakili warna divisyen permotoran BMW, M Sport. Jika di Jepun, kerja-kerja memindahkan gril spindel Lexus kepada Toyota Harrier, Alphard, Vellfire adalah perkara biasa dilakukan kalangan pemilik kereta di sana. Namun kes Sportage ini memang berbeza dan sangat jarang dapat dilihat.

Sportage dengan gril BMW ini ditemui di England yang juga model baharu versi dipertingkat (facelift). Model standard mendapat kerusi depan dengan fungsi pemanas, penyaman udara dwi zon, cermin tingkap privasi, pengelap cermin automatik, kawalan jelajah dan lain-lain.

Boleh terima ke gril macam tu? 😅

BACA >>> BMW X5 dan X2 dengan ciri xDrive, M Performance Jengah Pasaran Malaysia Tahun Ini
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Dedah Tutorial Modifikasi Tahap Dua Ninja ZX-25R

SUMBER: Creative311

Related

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, BMW, gril, Kia, Kia Sportage, kustom, Modifikasi, Peter Schreyer, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev