• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Ini Hilang Motor Masa 17 Tahun, Jumpa Semula Ketika Umur 44 Tahun

Lelaki Ini Hilang Motor Masa 17 Tahun, Jumpa Semula Ketika Umur 44 Tahun

June 9, 2020 By Admin PanduLaju 3 Comments

10.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA barang dicuri, tentu kita mengharapkan dapat ditemui secepat mungkin. Apatah lagi jika melibatkan barang mahal seperti motosikal kerana wang yang dilaburkan bukan sedikit.

Namun, apabila sudah berbulan dan bertahun lama tidak ditemui, harapan tinggal harapan saja. Kalau dapat jumpa pun, mungkin kondisi dalam keadaan sangat menyedihkan. Kata orang, sudah barai!

Namun, kisah ini sangat jarang berlaku. Pemilik dirt bike Kawasaki KX125-H (1990) ini menemui semula motosikalnya yang hilang itu pada Oktober 1992, iaitu 27 tahun lalu. Insiden tersebut berlaku ketika dia mendapatkan rawatan perubatan akibat patah tangan.

BACA >>> Debut Global Kawasaki KLX 230 di Indonesia dengan Casis Baharu

BERSATU SELEPAS 27 TAHUN

Selepas tahun berganti tahun, tentunya dia sudah melupakan tentang motosikal kesayangannya itu.

Namun, selepas 27 tahun berlalu, seorang pegawai polis dari Jabatan Polis Hartford terlihat seorang lelaki menunggang motosikal curi tersebut di Bushnell Park in Hartford, Connecticut, Amerika Syarikat (AS). Pasukan polis dapat mengesan jejak motosikal berkenaan menerusi pemeriksaan VIN daripada Biro Jenayah Insurans Nasional dan Pusat Maklumat Jenayah Nasional.

Polis kemudian menemui laporan yang dibuat remaja berusia 17 tahun bertarikh Oktober 1992 di daerah Waterbury, Connecticut yang mana dia kini sudah pun berusia 44 tahun. Menariknya, KX125-H tersebut masih dalam keadaan baik.

BACA >>> 25 Foto Kawasaki Ninja ZX-25R Versi Lumba dengan Kemasan Karbon 'Black Diamond'

Twenty-seven (27) years ago this man had his dirt bike stolen. Today, HPD notified him that we had located it tearing through Bushnell Park. Reunited after 27 years. pic.twitter.com/7tMweMIe2J

— Hartford Police CT (@HartfordPolice) April 30, 2020

SUMBER: DriveMag

Related

10.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Curi Motosikal, Kawasaki, Kawasaki KX125-H, Kawasaki Motors Malaysia (KMM), kecurian, roda2

Comments

  1. Jan says

    June 8, 2020 at 12:50 PM

    Jangan haraplah kalau di malaysia haha

    tahniah kepada bro diatas. ini macam jumpa balik kekasih lama lah ceritanya 🙂

    Reply
    • AI says

      June 8, 2020 at 1:21 PM

      tidak semua berakhir dengan baik. kalau dekat malaysia mungkin perlu cari dalam sungai dah kena lerai....hahah

      Reply
  2. DT125 yg hilang says

    June 12, 2020 at 9:43 PM

    walaupun model tahun 80an, rekabentuknya masih cantik & menarik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my