PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 Jun ini dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.
Sepanjang tempoh tersebut, masyarakat akan diberikan lebih banyak kelonggaran dan salah satunya adalah kebenaran melakukan perjalanan rentas negeri kecuali kawasan diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ini membolehkan orang ramai balik ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa dan keluarga di negeri lain tanpa perlu meminta kebenaran polis.
BACA >>> PKPB: Kedai Gunting Rambut Boleh Buka 10 Jun Ini dengan Tambahan 3 SOP Ketat
Jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka, elakkan tempat sesak semasa pulang ke kampung. Ibu bapa ialah warga emas iaitu kategori terdedah kepada jangkitan menjadi tanggungjawab anda melindungi mereka daripada jangkitan," katanya.
Selain itu aktiviti sosial keagamaan juga akan mula dibuka secara berperingkat, manakala sambutan Hari Raya Korban juga dibenarkan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama Islam. Malah, tiada sekatan rentas negeri akan dibuat, termasuk kebenaran melakukan aktiviti pelancongan domestik.
Bagaimanapun, sempadan negara kekal ditutup dan pergerakan ke luar negara masih lagi disekat.
BACA >>> Covid-19: AirAsia Bakal Berhentikan 333 Kakitangan untuk Kecilkan Operasi
BACA >>> Kawasaki Tunjuk Video Aksi Endeavor, Motosikal Elektrik dengan Gear Manual
Leave a Reply