• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Basikal Mabuk Pun Boleh Kena Hukum di Vietnam

Penunggang Basikal Mabuk Pun Boleh Kena Hukum di Vietnam

June 6, 2020 By Aryon Leave a Comment

413
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VIETNAM adalah salah satu negara yang menguatkuasakan undang-undang ketat ke atas peminum arak yang mana penunggang basikal mabuk pun boleh dikenakan hukuman.

Ini dikongsikan Timbalan Pengarah I Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Nadzri Hussain dalam Siaran Langsung Sinar Live bertajuk 'Pemandu Mabuk: Mandatori tiada kompromi' dikendalikan moderator, Haslina Kamaludin di Studio Sinar Harian di Shah Alam, semalam.

"Di negara mereka (Vietnam) jika ada yang ambil alkohol tanpa mengira bacaannya sudah menjadi kesalahan dan boleh dikenakan hukuman.

"Jika pemandu mengambil alkohol dalam kandungan tinggi, maka akan dikenakan hukuman denda dan lesen mereka digantung dua tahun," katanya.

Kredit foto: Sinar Harian

Mohd Nadzri mendedahkan, di Malaysia kalau bacaan kandungan alkohol lebih 80mg barulah diambil tindakan dan menyalahi undang-undang, tetapi melalui kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ia perlu diambil kira dengan menetapkan bacaan tidak lebih 50mg untuk pemandu mabuk.

Menurutnya lagi, negara seperti Belanda, New Zealand dan Thailand turut menetapkan kandungan alkohol tidak lebih 30mg.

SUMBER: SinarHarian

RALAT

Merujuk kepada laporan kami berkenaan Penunggang Basikal Mabuk Pun Boleh Kena Hukum di Vietnam yang disiarkan pada 6 Jun 2020, terdapat kesilapan pada foto lampiran yang djadikan sebagai foto hiasan.

Kesulitan dan salah faham yang timbul pada lampiran berkenaan terhadap pemilik foto dalam laporan itu, amat dikesali. Sekali lagi, kami memohon maaf atas kesilapan lampiran foto berkenaan.

Related

413
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Mohd Nadzri Hussain, Minum Arak, PDRM, pemandu mabuk, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Polis Diraja Malaysia, Siaran Langsung Sinar Live, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev