• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Kereta Peronda Baharu Polis Malaysia

Honda Civic Kereta Peronda Baharu Polis Malaysia

June 5, 2020 By Han Othman 1 Comment

13.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi menerima 30 unit daripada 425 unit kereta peronda polis (MPV) baharu dalam majlis penyerahan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya yang dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin,  Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spanco, Datuk Hamzah Mohd Salleh selaku.

Unit kereta peronda diterima PDRM ialah model Honda Civic 1.8L yang dilengkapi peralatan komunikasi, dua unit kamera pemuka (dashcam) dan kamera perakam digital (DVR).

BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Motosikal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang Perlu Anda Tahu

Abdul Hamid berkata, unit kenderaan baharu itu adalah bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang sudah usang dan tidak selamat lagi, tetapi terpaksa digunakan.

Menurutnya;

Selepas ini, kami akan menerima banyak lagi kenderaan lain selain kereta peronda, seperti lori pengangkut, lori Black Maria dan motosikal untuk trafik. Terima kasih kepada KDN yang berusaha mendapatkan peruntukan untuk kenderaan ini yang sangat diperlukan.

"Dengan ada kenderaan baharu ini diharapkan PDRM dapat meningkat prestasi perkhidmatan kepada masyarakat."

Abdul Hamid menjelaskan, penukaran kenderaan baharu PDRM itu turut mengambil kira kos penyenggaraan kenderaan sedia ada yang sudah jauh lebih tinggi dan melebihi kos perbelanjaan ekonomi.

"PDRM akan dapat 425 unit Julai ini dan disusuli 800 unit lagi selepas itu," katanya lagi.

BACA >>> PDRM: Salah atau Tidak 'Cop Parking' Ikut Undang-Undang?

GALERI
honda-civic-1.8-pdrm-050620-5
honda-civic-1.8-pdrm-050620-2
honda-civic-1.8-pdrm-050620-1
honda-civic-1.8-pdrm-050620-8
honda-civic-1.8-pdrm-050620-3
honda-civic-1.8-pdrm-050620-4
honda-civic-1.8-pdrm-050620-6
honda-civic-1.8-pdrm-050620-7

FOTO: FB Friends of PDRM

Related

13.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda Civic, Honda Civic 1.8L, kereta peronda polis, Kereta Peronda Polis (MPV), kereta polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Malaysia

Comments

  1. Wanie says

    June 25, 2020 at 1:11 AM

    Cantik Dan smart

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev