• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: AirAsia Bakal Berhentikan 333 Kakitangan untuk Kecilkan Operasi

Covid-19: AirAsia Bakal Berhentikan 333 Kakitangan untuk Kecilkan Operasi

June 5, 2020 By Han Othman Leave a Comment

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERAMAI 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera di  AirAsia Berhad akan ditamatkan perkhidmatan akibat krisis Covid-19 yang memaksa syarikat penerbangan tambang murah itu mengecilkan operasi.

Menurut laporan Astro Awani, berita pemberhentian itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Berhad, Riad Asmat dalam sesi taklimat bersama kakitangan syarikat tersebut pada tengah hari semalam.

riad-asmat-air-asia
koronavirus-airasia-bg

Semua pekerja yang terlibat dalam skim pemberhentian itu akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam, dan akan diberikan pampasan.

Riad turut memohon maaf kepada kru AirAsia dan menegaskan syarikat tiada pilihan lain boleh diambil buat masa ini selain melakukan penstrukturan semula organisasi. Malah, beliau juga tidak dapat memberikan jaminan tempoh syarikat itu akan kembali pulih.

Malah pemberhentian tenaga kerja itu tidak hanya dilaksanakan AirAsia Berhad, tetapi semua bahagian di bawah Kumpulan AirAsia. Pada masa sama, AirAsia juga belum ada kepastian mengenai kemungkinan tenaga kerja yang tidak diberhentikan akan dikurangkan gaji.

benyamin-ismail
air-asia-x-logo

Sementara itu, AirAsia X (AAX) turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja melibatkan tenaga kerja Malaysia dan asing, tetapi jumlah sebenar tidak diumumkan dalam sesi taklimat diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Benyamin Ismail.

Pemberhentian itu dijangka melibatkan tenaga kerja setiap sektor membabitkan operasi, pengurusan, kru dan juruterbang. Menurut sumber, AAX akan beroperasi menggunakan kira-kira 15 hingga 16 pesawat sahaja apabila sektor antarabangsa dibuka semula kelak berbanding 32 pesawat dimiliki AAX ketika ini.

Sesi tersebut turut menjelaskan bayaran bonus dan insentif bakal dimansuhkan, tetapi bayaran gaji pokok dikekalkan termasuk elaun penerbangan, sektor dan bermalam.

SUMBER: AstroAwani

Related

216
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Air Asia, Air Asia Berhad, Auto Terkini, Benyamin Ismail, Jurutera, Juruterbang, Kru Penerbangan, Riad Asmat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev