• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Backfire: Kawasaki Panggil Balik Ninja ZX-10R

Masalah Backfire: Kawasaki Panggil Balik Ninja ZX-10R

June 9, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motors Corp di Amerika Syarikat (AS) mengumumkan notis panggil balik untuk model Ninja ZX10-R akibat masalah pengaturcaraan yang berisiko menyebabkan simptom sedakan (backfire) dalam enjin.

Berdasarkan dokumen Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), 100 peratus daripada 1,529 unit terjejas itu adalah model dari AS.

BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

Varian Ninja ZX10-R yang terlibat dalam kempen panggil balik tersebut ialah:

  • Ninja ZX-10R (2019-2020)
  • Ninja ZX-10R ABS (2019-2020)
  • Ninja ZX-10RT ABS KRT Edition (2019-2020)

Berdasarkan notis dikemukakan Kawasaki, masalah pengaturcaraan unit kawalan enjin (ECU) boleh menyebabkan berlaku backfire ketika penunggang menggunakan fungsi klac Kawasaki Quick Shifter (KQS).

Simptom backfire berulang kali juga boleh menyebabkan kerosakan atau memecahkan injap sedutan udara (air suction valve), iaitu komponen yang direka untuk membantu mengurangkan tahap emisi daripada enjin.

Bagi tempoh penggunaan jangka panjang, jika injap itu pecah, gas ekzos boleh mengalir masuk ke dalam sistem ekzos yang mana suhu panas boleh mencairkan komponen lain dalam enjin. Menurut Kawasaki, dalam kes paling ekstrem, masalah berkenaan boleh menyebabkan kebakaran.

Kronologi Insiden Backfire:

  • 11 Disember 2019: Kawasaki Heavy Industries (KHI) di Jepun mendapat laporan daripada pengedar Eropah (KME) mengenai insiden aliran masuk gas ekzos suhu tinggi melalui satu kerosakan injap sedutan udara dan mencairkan komponen sekeliling.
  • Februari 2020: KHI menerima motosikal (rosak) dikirimkan KME dan meneliti kawasan sekeliling komponen yang sudah cair.
  • Lewat Mac 2020: KHI mengesahkan program tidak sesuai pada ECU dipercayai menyebabkan berlaku tekanan pembakaran besar dalam saluran ekzos apabila fungsi Quick Shift digunakan ketika enjin dalam beban tinggi (rpm tinggi dan pembukaan terotel lebih 50 peratus). Jadi, tekanan tinggi yang berpunca daripada tekanan pembakaran besar boleh menyebabkan kerosakan dan/atau memecahkan injap sedutan udara.
  • Pertengahan April-Awal Mei 2020: KHI menutup operasi akibat Covid-19
  • 20 Mei 2020: KHI memutuskan melancarkan kempen panggil balik

Kempen panggil balik dijadualkan bermula 8 Jun ini dan Kawasaki akan menghubungi semua pemilik motosikal terjejas menerusi surat dan meminta mereka membuat janji temu dengan pengedar masing-masing.

Pihak pengedar akan memprogramkan semula ECU dan melakukan pemeriksaan pada injap sedutan udara dan komponen sekelilingnya. Jika ada tanda kerosakan, ia akan ditukar percuma.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pemilik ZX-10R di Malaysia mungkin boleh ambil pendekatan untuk menyemak semula status motosikal masing-masing dengan pihak pengedar, lebih-lebih lagi produk keluaran antara 17 September 2018 hingga 14 Februari 2020.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-10R KRT (2020) Tiba di Vietnam, Harga RM104k

SUMBER: RideApart

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Ninja ZX-10R, Notis Panggil Balik, Panggil Balik, Recall, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my