• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bocor Brosur Haojue DR300 (Suzuki GSX-S300), Lancar di China 16 Jun Ini

Bocor Brosur Haojue DR300 (Suzuki GSX-S300), Lancar di China 16 Jun Ini

June 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SPESIFIKASI naked bike baharu Haojue DR300 nampaknya sudah didedahkan sebelum pelancaran di China yang disebut akan dijenamakan semula dan dijual sebagai Suzuki GSX-S300 untuk pasaran luar.

DR300 dijadualkan dilancarkan di China pada 16 Jun ini, tetapi brosur sportbike itu sudah pun bocor di media sosial.

Haojue Motorcycles ialah rakan perniagaan Suzuki di China yang turut memasangkan dan menjual motosikal jenama Jepun itu di sana, termasuk produk sendiri.

Antara negara awal luar China yang dijangka mendapat sportbike Suzuki ini ialah India dan Indonesia. Semestinya bukan di Malaysia kerana Suzuki sudahpun mengundurkan diri daripada pasaran motosikal kecil negara ini.   Namun, masa depan siapa tahu.

BACA >>> Imej Haojue HJ300 @ Suzuki GSX-300 Versi Pengeluaran Bocor di China

DR300 melakukan debut di Pameran Mobo Chongqing 2018 yang dilengkapkan komponen premium dan rekabentuk berilhamkan gaya GSX-S1000. Ini termasuk unit LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL), lampu belakang dan signal belok, kluster instrumen LCD, pelana penunggang-pembonceng terpisah, sistem suspensi KYB dengan brek cakera petal di depan dan belakang.

BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

Mengenai suspensi, roda depan disokong fork terbalik (USD) KYB, manakala belakang menggunakan monoshock prabeban boleh laras 7-tahap. Sistem henti dikawal brek cakera tunggal di depan dan belakang, serta turut dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran Bosch.

DR300 dijana enjin 2-silinder sebaris 298cc SOCH penyejukan cecair berkuasa 28.8bhp @ 8,500rpm dan tork 27.8Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Antara ciri lain dimiliki sportbike ini ialah visor angin kecil, dan bar hendal clip-on. DR300 dijangka dijual pada harga sekitar CNY33,000-35000 (RM19,900-RM21,100) dan ada tiga pilihan warna ditawarkan, merah, putih dan hitam.

BACA >>> Suzuki GSX-R125 Buatan Indonesia Lancar di Jepun

SPESIFIKASI

ENJIN: 2-silinder 298cc SOHC penyejukan cecair
KUASA: 28.8hp (21.5kW) @ 8,500rpm
TORK: 27.8Nm @ 6,500rpm
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan
PANJANG x LEBAR x TINGGI: 2075mm x 720mm x 1050mm
JARAK RODA: 1420mm
KETINGGIAN TANAH: 158mm
TANGKI MINYAK: 16 liter
BERAT KERB: 177kg
TAYAR: 110/70-R17 (depan); 140/70-R17 (belakang)
BREK: Cakera tunggal 290mm (depan); Cakera tunggal 240mm (belakang)

GALERI
haojue-300-suzuki-gsx-s300-1
haojue-300-suzuki-gsx-s300-3
haojue-300-suzuki-gsx-s300-6
haojue-300-suzuki-gsx-s300-4
haojue-300-suzuki-gsx-s300-7
haojue-300-suzuki-gsx-s300-2
haojue-300-suzuki-gsx-s300-5
haojue-300-suzuki-gsx-s300-9
haojue-300-suzuki-gsx-s300-8
suzuki-gsx-S300-haojue-d300-brosur-1
suzuki-gsx-S300-haojue-d300-brosur-2
suzuki-gsx-S300-haojue-d300-brosur-3
suzuki-gsx-S300-haojue-d300-brosur-4
suzuki-gsx-S300-haojue-d300-brosur-5
suzuki-gsx-S300-haojue-d300-brosur-6
suzuki-gsx-S300-haojue-d300-brosur-7
suzuki-gsx-S300-haojue-d300-brosur-8

SUMBER: BikeWale| MaxAbout | NewMotor.com.cn

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Haojue DR300, Haojue Motorcycles, naked bike, Pameran Mobo Chongqing 2018, roda2, Suzuki, Suzuki GSX-S300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev