TAHUKAH ada, Yamaha sudah menjual motosikal 2-lejang dengan fungsi butang penghidup elektrik dan penendang kaki sejak 46 tahun lalu? Model dimaksudkan ialah Yamaha RD200A.
Inilah satu-satunya motosikal dalam siri 2-lejang RD Yamaha yang dipasangkan butang penghidup elektrik. Varian lain pada masa itu cuma ada penendang kaki. Teknologi tersebut juga adalah ciri paling maju dimiliki RD200A jika dibandingkan model pesaing lain pada era 1970-an, lebih-lebih untuk model sportbike segmen 200cc.
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha MT-25 daripada Standard ke Retro Moden
Seorang pemilik di St Maries, Idaho di Amerika Syarikat (AS) melepaskan RD200A (1974) menerusi bidaan dalam laman web Bring A Trailer.
Berdasarkan rekod, individu tersebut adalah pemilik ketiga motosikal warna biru itu. Menurutnya, dia sudah melakukan beberapa penyenggaraan asas seperti menukar bateri baharu, palam pencucuh, minyak gear, minyak 2T dan servis rantai.
RD200A dijana enjin 2-lejang 195cc dengan klac manual 5-kelajuan berkuasa 20hp, manakala kelajuan maksimum mencapai 135kmj. Jarak perbatuan dicatatkan pula cuma sejauh 5,310km (3,313 batu) sejak meninggalkan kilang Yamaha.
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M
Resit asal pembelian menunjukkan motosikal ini dijual Empire Cycles di Spokane, Washington kepada pemilik pertama pada harga AS$1,005 (RM4,290). Selain resit, pembeli akan diberikan buku manual asal, kit peralatan, kad pendaftaran motosikal, surat perjanjian jual beli pemilik asal, dan semua dokumen mengenai motosikal berkenaan.
Menurut penjual itu lagi, dari segi kondisi luaran, RD200A tersebut ada beberapa kesan kemik pada kiri tangki minyak dan kanan paip ekzos. Pelapik getah pada peg kaki pembonceng juga sudah uzur dan perlu diganti kerana sudah lusuh.
Begitu juga kondisi tayar motosikal yang sudah berusia. Namun, penjual tersebut tidak mendedahkan maklumat mengenai masa terakhir dia menukar tayar motosikal itu.
Sebagai makluman, RD200A itu sudah pun dijual pada harga AS$3,300 (RM14,020). RX-Z Boss lagi mahalkan? 😅
BACA >>> Batcycle untuk Dijual, Bikin Guna Yamaha DS7 Siap dengan Sidecar untuk Robin
GALERI
SUMBER: RideApart
Jan says
Cantiknya ! kalau beli pun sayang nak naik, barang antik la katakan.