• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Jual 5,676 Unit Kereta Sepanjang Mei, Saga Paling Laris!

Proton Jual 5,676 Unit Kereta Sepanjang Mei, Saga Paling Laris!

June 3, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BULAN Jun adalah tempoh pemulihan buat banyak pengeluar automotif apabila Kerajaan mula memberikan kebenaran operasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sepanjang Mei lalu, Proton mencatatkan jualan 5,676 unit kenderaan dengan pegangan pasaran dianggarkan 23.3 peratus. Bagi bulan sama tahun lalu, Proton merekodkan jualan 10,611 unit dengan perbezaan sebanyak 46.5 peratus.

Berdasarkan prestasi jualan Mei, Proton merekodkan peningkatan jualan 73.2 peratus berbanding Mac walaupun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PKPB.  Prestasi jualan untuk lima bulan pertama tahun ini juga merosot, sebanyak 23.3 peratus dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) menurun 48.7 peratus bagi tempoh sama.

Dari segi kedudukan pasaran dan pegangan pasaran, Proton kekal sebagai jenama kedua terlaris di Malaysia dengan jumlah pegangan pasaran setakat ini pada 21.1 peratus, dan masih selari dengan sasaran ditetapkan tahun ini. Model Saga menjadi model paling laris sepanjang Mei lalu.

Apa dicapai Saga bulan lalu adalah pencapaian kali pertama untuk model tersebut sebagai sedan segmen-A popular. Model Proton lain yang turut mencatat jualan cemerlang ialah Persona sebagai sedan segmen B paling laris, manakala Exora kekal sebagai pilihan kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Bezza (2020) vs Proton Saga (2019) Facelift, Siapa Menang Drag?

PEMBIAYAAN PERCUMA UNTUK X70

Proton turut menawarkan  pembiayaan percuma tahun pertama untuk X70, tertakluk terma dan syarat. Bermula 10 Jun ini, Proton akan memperkenalkan program khas bagi menghargai petugas barisan hadapan negara, khususnya jururawat, doktor, anggota polis dan tentera serta kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Program Perlindungan Credit Shield menawarkan perlindungan insurans peribadi hingga RM50,000 selama lima tahun termasuk kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal kepada mereka yang layak membeli mana-mana model Proton.

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 CKD dari Subang Jaya ke Kuantan, Apa Rasa Dapat Lenjan 7-DCT?

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beli proton, Isu Proton, jualan proton, Jualan Proton Mei 2020, Proton, Roda4, TIV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my