• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Yamaha Exciter 135 Tukar Jadi Kapcai Ayago X1R, Kos RM27k!

#BikinMotor: Yamaha Exciter 135 Tukar Jadi Kapcai Ayago X1R, Kos RM27k!

June 3, 2020 By Azhan O Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA X1R kali pertama dilancarkan di Vietnam pada 2017 dengan mendapat sambutan baik daripada kalangan mat motor negara itu yang tampil dengan gaya badan pelik dan unik serta bar hendal boleh tanggal.

yamaha-x1r-1
yamaha-x1r-2

X1R (foto atas) dianggap unik kerana model ini tampil sebagai moped yang menggabungkan gaya badan kapcai konvensional dan rekaan kepala ala kapcai ayago (seperti Suzuki Belang, Honda Sonic).

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Exciter 150 Gaya R1 dengan Swingarm Ducati 1199 Panigale

Namun model ini pula selalu disalah anggap sebagai X1R kerana model asalnya ialah Exciter 135 (Malaysia: LC 135). Bahagian roda nampak menonjol menerusi set rim jingga 5 jejari dan kaliper brek Frando dengan cakera brek Brembo. Harga keseluruhan set roda ini bernilai 13 juta dong (RM2,390)

Bar hendal yang dipasang banyak dikeluarkan jenama popular seperti Brembo, Ohlins, Domino dan lain-lain. Perincian paling mahal ialah klamp tripel Öhlins yang berharga 14 juta dong (RM2,580).

yamaha-exciter-135-X1r-4
yamaha-exciter-135-X1r-5

Pemilik Exciter 135 ini juga teliti dengan perincian kecil seperti pengimbang hendal (balancer), dan kabel terotel daripada material titanium yang berharga hampir 5 juta dong (RM920). Set suis pada hendal kiri daripada Honeywell, manakala hendal kanan menggunakan suis penghidup dan grip bar Domino.

Set roda belakang disokong swingarm King Drag yang lebih kompak dan panjang daripada unit standard. Sistem brek pula menggunakan kaliper brek Frando dan cakera brek Galfer.

Selain kemasan luaran, unit kawalan elektronik (ECU) Exciter 135 X1R ini juga dipertingkat, termasuk paip ekzos dan set klac daripada jenama Uma Racing. Jumlah keseluruhan naik taraf ialah 145 juta dong (RM26,700). Wow!

SUMBER: ZingNews.vn

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Kapcai, Kapcai Ayago, Modifikasi, Moped, roda2, Yamaha, Yamaha Exciter 135, Yamaha LC 135, Yamaha Vietnam, Yamaha X1R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev