HONDA Malaysia melancarkan BR-V baharu versi dipertingkat (facelift) dengan menampilkan kemas kini lebih segar dan ciri dipertingkat untuk dua varian E dan V seperti berikut:
Honda BR-V (E) - RM89,900
- Gril depan baharu
- Bampar depan baharu dengan hiasan bawah bampar
- Rekaan baharu rim aloi 16 inci dua tona warna
- Antena sirip yu baharu
- Bampar belakang baharu dengan hiasan bampar bawah
- Pembesar suara twiter
- Lampu but
- Penapis kabin
- Penyaman udara automatik
- Penghidup tanpa kunci (keyless)
- Punat tekan-mula (push-start)
Honda BR-V (V) - RM96,900
- Gril depan baharu
- Bampar depan baharu dengan kemasan bawah bampar
- Kemasan lampu kabus depan baharu
- Rekaan baharu rim aloi 16 inci dual tona warna
- Antena sirip yu baharu
- Bampar belakang baharu dengan hiasan bampar bawah
- Pembesar suara twiter
- Lampu but
- Penapis kabin
- Paparan audio 7 inci
- Pedal syif
- Kerusi kemasan kulit dengan sulaman benang merah
- Tombol gear dengan benang merah
Honda Malaysia turut memperkenalkan warna baharu buat kali pertama dalam senarai produk, iaitu Marine Purple Pearl yang melengkapkan warna sedia ada White Orchid Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic dan Passion Red Pearl.
BR-V dijana enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 118hp dan tork 145Nm dengan transmisi CVT. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) ini adalah pilihan ideal untuk pelanggan berkeluarga kerana direka untuk memberikan ekstra keluasan buat penumpang muatan barang.
BR-V (daripada singkatan Bold Runabout Vehicles) mula diperkenalkan pada 2017 sebagai SUV 7-kerusi yang dibangunkan khas sebagai model untuk pasaran Asean.
BACA >>> Dulu Wira, Kini Persona, Chris Ok Saja Pandu Proton Sebab Rasa Berbaloi
KEMPEN BANTUAN KOMUNITI
Serentak pengenalan BR-V (2020) facelift, Honda Malaysia turut melancarkan dua 'Kempen Bantuan Komuniti' untuk program bantuan wabak Covid-19.
Kempen pertama, 'Be Kind With BR-V', bermula 2 Jun hingga 31 Ogos ini yang mana setiap jualan BR-V (2020) facelift akan didermakan untuk bantuan Covid-19.
Kempen kedua, 'Honda Dealer Donation Drive' bergerak dengan sokongan wakil jualan untuk membantu komuniti kawasan berhampiran bermula 1 Jun hingga 31 Ogos ini. Pelanggan Honda boleh mengunjungi pusat jualan berhampiran untuk menyumbang keperluan asas seperti makanan kering dan barangan rumah.
Barang keperluan yang didermakan itu akan dikumpulkan dan diserahkan kepada penduduk berhampiran pusat wakil jualan yang terkesan akibat wabak Covid-19.
BACA >>> Kilang Honda Filipina Henti Operasi Pengeluaran BR-V, City
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan SUV dan Crossover?
Leave a Reply