• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Adakah Ini Imej Bonneville 200cc Hasil Kerjasama Bajaj-Triumph untuk Pasaran India?

Adakah Ini Imej Bonneville 200cc Hasil Kerjasama Bajaj-Triumph untuk Pasaran India?

June 2, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAJAJ dan Triumph Motorcycles sudah lama mengumumkan kerjasama strategik untuk membangunkan barisan produk kategori sederhana (200cc-750cc). Awal tahun ini, dua pengeluar motosikal itu mengesahkan produk pertama yang bakal dijual di bawah 2 lakh (RM11,370).

Dalam pembangunan produk, sebahagian kerjasama itu akan menggunakan jenama Triumph dan dipasang Bajaj di kilang Chakan. Kolaborasi India-Britain terseb batukal muncul dengan gaya badan berbeza berasaskan seni bina modular,. tetapi perincian tidak didedahkan.

Bajaj-Motorcycles-Logo
triumph-logo

Motosikal pertama Bajaj-Triumph boleh jadi jenis retro-klasik medium yang mensasarkan produk generasi baharu Royal Enfield akan datang. Pakar rekaan dalaman khas, Pratyush Rout mendedahkan imej bayangan Triumph mampu milik (bukan rasmi).

Imej tersebut ialah lakaran bayangan model asas roadster yang menggunakan warisan Bonneville. Triumph Bonneville dengan enjin silinder tunggal 250cc dan tanda harga rendah adalah cadangan menarik yang bukan saja untuk India, tetapi juga pasaran lain seperti Asean dan Eropah.

Model itu mensasarkan penunggang muda yang mahu memiliki Triumph. Berdasarkan imej bayangan itu juga, Triumph Bonneville dengan enjin tengah itu menampilkan gaya retro klasik, lampu depan bulat stail oldskool dan pelana tunggal rata.

Mungkin model itu turut dilengkapi elemen moden seperti kluster instrumen digital, rim aloi, brek cakera dengan sistem brek-anti-kunci (ABS) dua saluran dan pencahayaan LED.

BACA>>>Royal Enfield Siapkan Jentera 700cc ke Atas, Mahu Lawan Triumph dan Harley-Davidson

Berdasarkan perjanjian dimeterai, Triumph Motorcycle bertanggungjawab atas hal rekabentuk, kejuruteraan dan pengesahan, manakala Bajaj menguruskan hal pengeluaran dan pengedaran. Enjin masih lagi dirahsiakan, tetapi ada kemungkinan jenis silinder tunggal 200cc penyejukan cecair.

Juga disahkan motosikal itu tidak akan membawa jenama Bajaj (stiker DTS-i dari Pulsar pada kotak engkol hanya ilustrasi render), Namun, pengeluar India itu akan mendapat keuntungan daripada peningkatan jumlah perniagaan dan akses pasaran eksport baharu. Bagaimanapun, Model Bajaj-Triumph pertama mustahil disiapkan untuk pasaran sebelum 2022.

Diharapkan platform itu juga mampu memperkenalkan gaya badan adventure tourer dan supersport walaupun masih diketahui segmen mana satu akan diperkenalkan terlebih dahulu.

Segmen motosikal sederhana bakal berkembang dengan kadar mengagumkan di seluruh dunia dengan produk berharga kompetitif. Ini berpotensi membantu Triumph meningkatkan jumlah jualan dengan ketara.

BACA >>> Bajaj, Triumph Tandatangan Kerjasama Pakatan 24 Januari Ini
BACA >>> #BikinMotor: Dulu Bajaj Pulsar NS200, Sekarang Kawasaki Z1000

GALERI
Bajaj Triumph Bonneville_1
Bajaj Triumph Bonneville_2
Bajaj Triumph Bonneville_3
Bajaj Triumph Bonneville_4
Bajaj Triumph Bonneville_5

SUMBER: RushLane

 

Related

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Auto, Bajaj Auto Ltd, Bajaj India, Bajaj-Triumph, roda2, Triumph Bonneville, Triumph Malaysia

Comments

  1. Jan says

    June 4, 2020 at 2:52 PM

    Motor yang cantik, murah, dan lasak serta low maintenance. apalagi kalau dapat badge Triumph, mesti laku keras.

    Tolong lah masuk malaysia ! banyak org yang minat triumph tapi mahal sangat.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev