• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKPB: Suami Isteri Jarak Jauh Boleh Rentas Negeri Esok (1 Jun)

PKPB: Suami Isteri Jarak Jauh Boleh Rentas Negeri Esok (1 Jun)

May 31, 2020 By Azhan O Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PASANGAN suami isteri yang tinggal berjauhan atas tuntutan kerja dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri bermula esok

Kerajaan sejak 21 Mei lalu tidak membenarkan orang ramai merentas negeri buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menjelang Aidilfitri pada 24 Mei lalu.

Sebelum itu Kerajaan masih membenarkan perjalanan rentas negeri atas alasan tertentu seperti urusan kerja dan hal kematian. Namun, disebabkan ramai pemandu cuba merentas negeri tanpa alasan munasabah, kelonggaran tersebut ditarik balik sepenuhnya.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelonggaran baharu kali ini hanya diberikan kepada pasangan suami isteri jarak jauh kerana bekerja di dua negeri berbeza. Bagaimanapun, perjalanan rentas negeri itu dihadkan seminggu sekali sahaja dan perlu memohon kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi urusan kerja dan kes kecemasan seperti kematian atau perubatan, tiada masalah untuk perjalanan rentas negeri asalkan ada surat kebenaran dikeluarkan polis.

SEKOLAH MEMANDU DIBUKA

sekolah-memandu-1
Pandulaju-5-Perkara-Sekolah-Memandu-6

Bermula esok juga, institut memandu, termasuk latihan dan proses pelesenan pemandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kembali beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang dengan mengikut standard prosedur operasi (SOP) ketat. Ini dibuat selepas mengambil kira perkongsian media sosial baru-baru ini apabila orang ramai menyerbu beberapa pejabat JPJ diserbu yang kembali dibuka 17 Mei lalu.

Malaysia kini memasuki fasa pemulihan terakhir berikutan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk hari ke-75. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula sudah memasuki hari ke-28 sejak 4 Mei lalu.

SUMBER: Bernama

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perjalanan Rentas Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev