• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Emula Concept - Motosikal Elektrik dengan Deruman Ekzos 2-Lejang

Emula Concept - Motosikal Elektrik dengan Deruman Ekzos 2-Lejang

May 29, 2020 By Aryon Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL konsep elektrik Emula Concept ini tampil unik kerana memperkenalkan deruman bunyi ekzos 2-lejang dengan kotak gear yang berfungsi seperti jentera konvensional.

Pasaran motosikal agak lembap berikutan kekangan regulasi emisi, tetapi menariknya situasi itu mencetuskan kebangkitan pelbagai motosikal elektrik yang diterajui pengeluar berstatus start-up seperti Energica, Zero dan Demon.

Namun, apa yang menghalang hasrat penunggang untuk memiliki motosikal elektrik adalah kenderaan hijau itu tidak memberikan emosi sama seperti jentera konvensional, iaitu deruman bunyi ekzos dengan getaran enjin dan bunyi anjakan gear ketika memecut.

Pada masa sama, tiada siapa yang berniat mahu menghancurkan planet Bumi ini dengan pencemaran. Jadi, alternatif meyakinkan perlu dicari.

BACA >>> #Videotomotif: Tidak Hujan, Tidak Ribut, Motosikal Elektrik Ini Tiba-Tiba Terbakar

Jadi Emula Concept tampil menawarkan idea motosikal elektrik yang lebih beremosi dan bukan mesin senyap seperti difahami umum. Sebenarnya bukan Emula saja, pengeluar kenderaan elektrik (EV) lain pun sudah mula mengorak langkah dengan idea nota enjin fauks.

Apa yang berbeza, Emula Concept memperkenalkan semula bunyian popular suatu masa dulu yang kini sudah diharamkan, iaitu bunyi enjin motosikal 2-lejang.

BACA >>> Cake Kalk - Motosikal Elektrik Off-Road dari Sweden yang Ranggi dan Lasak

Menerusi Emula, penunggang boleh memilih tiga nota enjin berbeza yang dipanggil Pengawal McFly dan akan menderum seiring perahan terotel. Tiga mod bunyi ekzos ditawarkan itu ialah berasaskan:

  • Enjin 4-silinder 600cc berkuasa 100hp @ 13,000rpm (1999)
  • Enjin 2-silinder 800cc berkuasa 77hp @ 9,000rpm (2004)
  • Enjin 2-lejang 250cc berkuasa 60hp @ 12,5000rpm (1989)


Selain bunyi ekzos, Emula Concept turut menyediakan ciri klac fauks yang membolehkan penunggang gear mengikut pengehad rev (rpm) sebelum menukar gear jika mahu melakukkannya.

Bunyi bising 2-lejang mungkin jadi isu, tetapi Emula sudah pun memikirkan kontroversi itu. Jadi runut bunyi direka untuk boleh dihubungkan ke pembesar suara helmet menerusi sambungan Bluetooth. Sekarang penunggang tidak perlu lagi risau pasal jiran tetangga yang mungkin geram dengan bunyi bising motosikal anda.

Apapun, Emula Concept masih dalam bentuk motosikal konsep. Model sebenar mungkin ada banyak perubahan, tetapi ciri ditawarkan memang unik dan menarik.

BACA >>> Verge TS - Motosikal Elektrik Buas dengan Tork 1,000Nm!
BACA >>> BMW E-Power Roadster - Motosikal Elektrik Konsep dengan Komponen Kereta EV

GALERI
motosikal-elektrik-emula-concept-1
motosikal-elektrik-emula-concept-2
motosikal-elektrik-emula-concept-3
motosikal-elektrik-emula-concept-5
motosikal-elektrik-emula-concept-6
motosikal-elektrik-emula-concept-7
motosikal-elektrik-emula-concept-8
motosikal-elektrik-emula-concept-9
motosikal-elektrik-emula-concept-4
motosikal-elektrik-emula-concept-10
motosikal-elektrik-emula-concept-12
motosikal-elektrik-emula-concept-13
motosikal-elektrik-emula-concept-14
motosikal-elektrik-emula-concept-15
motosikal-elektrik-emula-concept-16

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Emula Concept, EV, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, motosikal EV, motosikal konsep, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev