INDIA baru saja menerima dua model sportbike suku liter Suzuki Gixxer SF 250 dan Gixxer 250 versi patuh regulasi BS6 yang lebih mesra alam berbanding versi BS4.
Harga kedua-dua model itu ialah:
- Gixxer SF 250 - 1.74 lakh (RM10,010)
- Gixxer 250 - 1.63 lakh (RM9,370)
Kedua-dua model dijana enjin silinder tunggal 249cc dengan teknologi penyejukan minyak dan transmisi klac manula 6-kelajuan yang menghasilkan kuasa 26.1hp @ 7,300rpm dan tork 22.2Nm @ 7,300rpm.
Ciri lain sportbike ini ialah kluster instrumen digital penuh, lampu utama LED penuh, termasuk lampu belakang LED, bar hendal clip-on, pelana asing dengan rel genggam pembonceng, rim aloi bersama ekzos barel kembar, brek cakera dengan Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Gaya fairing direka untuk meningkatkan sisi aerodinamik.
BACA >>> Young Machine Lakar Imej Bayangan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder
Sementara itu, Gixxer 250 pula menawarkan bar hendal tubular tunggal untuk tunggangan santai dan menegak. Model itu juga memiliki ciri sama seperti Gixxer SF 250 dan bentuk tangki maskular dengan kowl sisi.
Gixxer 250 ditawarkan dalam warna Metallic Matte Silver/Metallic Matte Black (perak-hitam) dan Metallic Matte Black (hitam), manakala Gixxer SF 250 ada dua pilihan warna untuk dipilih, Metallic Matte Platinum Silver (perak) dan Metallic Matte Black (hitam), termasuk edisi seragam MotoGP.
Gixxer SF 250 dan Gixxer 250 kini dibuka tempahan di semua pengedar Suzuki seluruh India dan penghantaran bermula pertengahan Jun depan.
BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R1100 (1991) Japan Night dari Milan
GALERI
SUZUKI GIXXER SF 250
SUZUKI GIXXER 250
SUMBER: SuzukiMotorcycleIndia
Leave a Reply