• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jack Miller Sah Jadi Pelumba Ducati Team untuk MotoGP 2021

Jack Miller Sah Jadi Pelumba Ducati Team untuk MotoGP 2021

May 28, 2020 By Aryon Leave a Comment

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI secara rasmi mengesahkan merekrut Jack Miller ke pasukan pengilang untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 dengan kontrak setahun dan opsyen lanjutan hingga 2022.

Desas-desus mengenai status Miller dari Pramac Ducati ke Ducati Team sudah kedengaran sejak beberapa hari lalu selepas bos Ducati memberikan bayangan keputusan sudah dibuat mengenai calon pelumba baharu pasukan pengilang tersebut.

Walaupun Ducati tidak mendedahkan nama pelumba baharu tersebut, ramai pemerhati menjangka pelana itu adalah milik Miller selepas Danilo Petrucci bakal meninggalkan Ducati Team pada penghujung musim ini.

BACA >>> Jack Miller: Semua Pelumba Perlukan Masa Serasi Motor Baharu, Kecuali Rossi

jack-miller-argentina-gp-2018-1
jack-miller-seat-tercabut-gp-qatar-1

Miller melakukan debut MotoGP pada 2015 selepas direkrut naik dari Moto3. Beliau bermula dengan LCR sebelum beralih ke jenter spesifikasi penuh Marc VDS Honda pada 2016. Pada tahun itu, Miller mengejutkan ramai dengan aksi memberangsangkan apabila menjuarai GP Belanda dalam trek basah. Malah, aksi ditunjukkan sepanjang dua musim bersama Pramac Ducati juga sangat konsisten.

Miller meraih tujuh podium dan menduduki ranking kelapan keseluruhan. Ducati juga dalam perancangan menilai prestasi Miller dan Petrucci untuk merebut pelana musim 2021. Namun, krisis Covid-19 menjejaskan penilaian pasukan terhadap dua pelumba itu.

Beliau juga akan mengikuti jejak langkah Troy Bayliss, dan satu-satunya juara MotoGP Ducati, Casey Stoner sebagai pelumba Australia yang berlumba untuk pasukan pengilang MotoGP.

BACA >>> Alasan Miller Gagal Tamat Perlumbaan, "Macam Ais, Buntut Aku Tak Ada Grip"

SUMBER: VisorDown

Related

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Casey Stoner, Danilo Petrucci, Ducati Team, Jack Miller, Kejuaraan Dunia MotoGP, MotoGP 2020, Pramac Ducati, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev