• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKPB: Bawa Penumpang Kini Boleh Ikut Kapasiti Tempat Duduk Kenderaan

PKPB: Bawa Penumpang Kini Boleh Ikut Kapasiti Tempat Duduk Kenderaan

May 26, 2020 By Han Othman Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN membenarkan orang ramai membawa jumlah penumpang mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing bermula esok, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini mensyaratkan sesebuah kenderaan hanya dibenarkan membawa maksimum empat penumpang sahaja, termasuk pemandu. Kini syarat tersebut dikemas kini yang membolehkan orang ramai membawa lebih empat orang pada satu-satu masa asalkan mengikut kapasiti kenderaan tersebut.

Ismail Sabri berkata, Kerajaan hari ini sudah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Nombor 6 Pindaan 2020).

Peraturan itu antara lain membabitkan penumpang bagi kenderaan persendirian yang membolehkan ia dibawa mengikut kapasiti kenderaan masing-masing dikawal mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Bermakna jika kapasiti empat penumpang maka seorang pemandu campur tiga penumpang tetapi bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) ia merangkumi seorang pemandu dan enam penumpang, maksimum tujuh orang. Ia akan berkuat kuasa esok," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, syarat lain dalam PKPB masih kekal, iaitu penumpang mesti daripada kalangan ahli keluarga yang tinggal bersama.

BACA >>> PKPB: Polis Tubuh Pasukan Khas Kesan Individu Rentas Negeri Tanpa Kebenaran
BACA >>> PKPB: Proton Laksana 10 SOP Baharu di Pusat Servis

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PKPB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev