BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan superbike BMW S1000RR (2020) ke pasaran tempatan yang menetapkan penanda aras baharu bagi enjin prestasi tinggi dengan rekabentuk aerodinamik.
Dilabel sebagai Raja Isle of Man TT, karakter S1000RR baharu ini diperhalusi lebih baik dengan menaik taraf kuasa, ketangkasan dan gaya. Berikut 10 fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang S1000RR (2020):
BACA >>> Akrapovic Bangunkan Ekzos Khas untuk CBR1000RR-R Fireblade Baharu
1. Didatangkan dengan rekabentuk Frem Flex untuk bentuk tangki minyak lebih ramping dan beberapa kemasan pada bahagian pelana yang menawarkan keselesaan dan sokongan terbaik, termasuk grip lutut.
2. Pelindung pelana belakang ditawarkan standard bersama pelana penunggang, manakala bahagian depan menyerlahkan siluet langsing. Kombinasi fasia depan rendah memberikan imej atletik yang dipadankan dengan unit fork terbalik (USD) untuk pengendalian lebih tajam dan mantap.
3. Siluet sporty diserlahkan menerusi anjur depan (overhang) pendek. Tangki minyak dan rim tuang aluminium ditawarkan sebagai standard. Lampu utama daripada jenis LED dengan elemen iluminasi sebagai standard yang digabungkan ciri lampu tinggi/rendah. Lampu belakang LED pula digabungkan bersama lampu brek dinamik dan indikator selekoh dalam satu unit.
4. Ditawarkan dalam dua pilihan warna: Racing Red (merah) dan Hockenheim Silver Metallic (perak) ada harga RM116,500.
5. Dijana enjin 4-silinder sebaris baharu 999cc berkuasa 207hp @ 13,500rpm dan tork 114Nm @ 11,000rpm dengan pecutan maksimum 200kmj. Padanan pacuan rantai baharu digabungkan dengan Teknologi BMW ShiftCam bersama lejang dan pemasaan injap ambilan variabel.
6. Dilengkapi empat mod tunggangan: Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Semua mod tunggangan itu mengawal fungsi seperti Kawalan Traksi Dinamik (DTC) dan ABS Pro. Sistem BMW Motorrad Integral ABS membekalkan tahap prestasi lebih tinggi, manakala ciri Kawalan Daki Bukit (HSC) memudahkan tunggangan di laluan cerun atau berbukit.
7. Penukaran gear tinggi dan rendah boleh dibuat pantas tanpa klac menerusi ciri HP Shift Assistant Pro. Superbike ini turut dipasangkan stabilizer hendal boleh laras dengan imobilizer.
8. Panel instrumen menampilkan skrin TFT 6.5 inci dengan fungsi Multi Controller pada bar hendal sebelah kiri yang boleh dioperasikan dengan segera, selamat dan mudah. Ciri Connectivity membolehkan superbike ini dihubungkan dengan telefon pintar untuk memainkan lagu atau membuat panggilan telefon.
9. S1000RR (2020) kini boleh dilihat di semua wakil jualan BMW Motorrad Malaysia yang sah seluruh negara sejak 22 Mei lalu. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti tiga tahun dan Program Bantuan Jalanan Bertempoh tiga tahun.
10. BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan Pelan Pembiayaan dengan ansuran serendah RM1,420 sebulan berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh empat tahun.
BACA >>> #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR
Leave a Reply