• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wales Rally GB, Toyota GB Anjur Pertandingan Reka Grafik Jentera Rali GR Yaris

Wales Rally GB, Toyota GB Anjur Pertandingan Reka Grafik Jentera Rali GR Yaris

May 27, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KRISIS Covid-19 memaksa banyak negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak itu.

Antara sektor paling terkesan adalah pendidikan kerana sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) tidak dapat dibuka. Jadi setiap lapisan masyarakat perlu kreatif melakukan sesuatu untuk mencari agenda dan mengisi ruang subjek pendidikan yang ditinggalkan.

Penganjur lumba rali, Wales Rally GB dengan kerjasama kerjasama Toyota GB menganjurkan pertandingan reka grafik seragam jentera rali, Design a Rally Car Livery untuk pelajar sekolah dan kolej di Britain.

BACA >>> Toyota GR Yaris - Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

Menariknya, juara rekaan grafik akan digunakan pada kereta lumba Toyota GR Yaris dan ditayangkan pemandu rali handalan British, Elfyn Evans (foto atas) pada pusingan Kejuaraan Rali Dunia (WRC) Wales dalam tempoh enam bulan akan datang.

Seperti dimaklumkan, pertandingan tersebut hanya terbuka kepada pelajar Britain dan segala maklumat boleh didapati di laman web Wales Rally GB. Tarikh tutup 28 Ogos 2020. Pemenang keseluruhan akan dijemput hadir ke majlis penyampaian hadiah di Ibu pejabat Service Park Wales Rally GB pada 29 Oktober nanti.

wrc-logo
wales-rally-gb-2020

Majlis dibuat dalam ruang pameran STEM, iaitu program pameran interaktif sebagai inspirasi buat pelajar untuk belajar bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Selain itu, pemenang dan tiga tetamu akan diberikan peluang menghadiri sesi peribadi untuk mengetahui aktiviti sebalik tabir pasukan lumba Toyota Gazoo World Rally Team (WRT). Ganjaran diberikan memang menarik kerana peluang seperti itu tidak datang setiap masa.

Seperkara menarik, kilang enjin Toyota juga terletak di Wales yang menunjukkan hubungan antara penganjur dan syarikat ternama itu. Malah, Evans sendiri berasal dari Wales dan menyertai pasukan Toyota Gazoo WRT pada permulaan WRC 2020. Beliau kini menduduki tempat kedua selepas tiga pusingan, termasuk menjuarai Rali Sweden.

Kerjasama Toyota GB dan Wales Rally GB dalam pertandingan rekaan grafik itu sudah bermula sejak 2017 menerusi model GT86. Walaupun bukan pertandingan terbuka antarabangsa, tetapi masih boleh dimuat turun dan diwarnakan dengan idea dan grafik tersendiri.

BACA >>> Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen

GALERI
Toyota GR Yaris template for rally livery 1
Toyota GR Yaris template for rally livery 2
Toyota GR Yaris will be adorned with winning rally livery design
Toyota GR Yaris.13
Toyota GR Yaris.12
Toyota GR Yaris.11
Toyota GR Yaris.08

Related

147
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Covid-19, Design a Rally Car Livery, Elfyn Evans, Toyota, Toyota GB, Toyota GR Yaris, Toyota Yaris, Wales Rally GB

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev