• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cabaran Volvo Car dan Aurizn EcoDesign Tata Rias Rumah EcoWorld Bernilai RM4 juta

Cabaran Volvo Car dan Aurizn EcoDesign Tata Rias Rumah EcoWorld Bernilai RM4 juta

May 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

VOLVO Car Malaysia menganjurkan Volvo Car dan Aurizn EcoDesign Challenge (2020) bersama Duduk (jenama baharu Eco World Development Group Berhad (EcoWorld) dan syarikat penerbitan gaya hidup Aurizn.

Seperti mana edisi 2018, cabaran tersebut mengajak syarikat rekaan dalaman seluruh negara menghantar penyertaan kreatif mereka. Konsep di sebalik cabaran itu memerlukan peserta mengetengahkan rekaan tatarias dalaman filosofi Scandinavian yang memfokuskan kepada fungsi dan mapan setiap produk.

volvo xc60 malaysia 2018
Volvo Car & Aurizn EcoDesign Challenge_6
Volvo Car & Aurizn EcoDesign Challenge_5

Menariknya setiap enam pemenang yang dipilih akan berpeluang memandu pulang Volvo XC60 T8 selama enam bulan dan kontrak menata rias dalaman unit rumah projek duduk oleh EcoWorld di Eco Ardence dan Eco Sanctuary. Enam kontrak tersebut bernilai RM4 juta bagi kedua-dua projek perumahan yang akan dijual kepada orang awam.

Fasa penyertaan bermula 14 Mei hingga 10 Jun yang mana semua syarikat rekaan dalaman tempatan dijemput menghantar penyertaan portfolio rekaan sedia ada terbaik mereka. Cara penghantaran mudah dengan hanya muat naik penyertaan di laman sosial Facebook dan Instagram dan kemudian taq @dudukmy, @aurizn dan @volvocarmalaysia.

Selain itu, pihak syarikat juga perlu menghantar e-mail dokumen sokongan kepada Aurizn untuk pengesahan. Pada 18 Jun pihak penganjur akan mengumumkan 12 peserta terpilih yang kemudian diberikan tempoh sebulan untuk mereka dan menata risa unit rumah EcoWorld dengan peruntukan yang disediakan.

Selepas itu barulah enam peserta terbaik akan dipilih untuk menyediakan unit rumah EcoWorld untuk dijual kepada pelanggan. Tarikh akhir penyertaan ditutup pada 17 Julai dan selepas itu semua rekaan akan dimuatnaik online untuk undian selama 2 minggu (22 Julai-4 Ogos) diikuti pengumuman pemenang 15 Ogos depan.

BACA>>>Volvo XC90 Armoured - SUV Edisi Khas yang Tahan Letupan Balistik
BACA>>>#BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

GALERI
Volvo Car & Aurizn EcoDesign Challenge_6
Kabin Volvo S60
Volvo Car & Aurizn EcoDesign Challenge_1
Volvo Car & Aurizn EcoDesign Challenge_2
Volvo Car & Aurizn EcoDesign Challenge_3
Volvo Car & Aurizn EcoDesign Challenge_4
Volvo Car & Aurizn EcoDesign Challenge_5

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, pertandingan, Volvo, Volvo Car Malaysia, VOLVO Car Malaysia (VCM), Volvo XC60, Volvo XC60 T8

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev