• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Minum Arak Bawah Had Pun Berisiko Sebabkan Nahas Jalan Raya

Pemandu Minum Arak Bawah Had Pun Berisiko Sebabkan Nahas Jalan Raya

May 21, 2020 By Han Othman Leave a Comment

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda setin minuman arak dengan 5 peratus alkohol mampu menjejaskan kestabilan fikiran dan kewarasan individu ketika memandu.

Lebih malang, pengambilan alkohol di bawah had dibenarkan itu juga sering menjadi punca kematian pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, gangguan terhadap fungsi fizikal dan daya fokus, terutama ketika memandu tetap terjadi walaupun mengambil alkohol pada kadar minimum.

“Meskipun bacaan kandungan adalah pada kadar 0.02g/dl, kesan ke atas individu tetap ada iaitu kehilangan pertimbangan, perubahan mood dan juga penurunan fungsi visual,” katanya kepada Bernama.

Kajian MIROS mendapati pemanduan di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali lebih berisiko menyebabkan kemalangan berbanding pemanduan bebas alkohol.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula merekodkan sepanjang tempoh lima tahun (2014-2018), berlaku 637 kematian yang berpunca daripada kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI).

Khairil Anwar berkata, berdasarkan Seksyen 45G(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, had kandungan alkohol yang ditetapkan untuk pemandu adalah 35 mikrogram alkohol dalam 100 milimeter nafas: 80 miligram alkohol dalam 100 milimeter darah atau 107 miligram alkohol dalam 100 milimeter air kencing.

Menurutnya, penetapan had kandungan itu adalah berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333). Itu adalah had dibenarkan Kerajaan sekiranya seseorang itu minum arak dan seterusnya memandu kenderaan.

Malaysia adalah antara negara yang menetapkan had minimum yang agak tinggi berbanding negara Asia yang lain seperti Thailand dan Singapura. Had minimum ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 0.05g/dl.”

- DR KHAIRIL ANWAR ABU KASSIM, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Bagaimanapun, lebih baik individu yang minum arak tidak memandu untuk menjamin keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya lain. Individu di bawah pengaruh alkohol juga disarankan menggunakan perkhidmatan ‘daikou’ iaitu perkhidmatan pemandu upahan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

“Namun mengelakkan daripada meminum minuman tersebut adalah lebih baik,” kata Khairil Anwar.

SUMBER: Bernama

Related

489
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), MIROS, Statistik Kemalangan Mabuk, Statistik Pemandu Mabuk Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my