• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Ducati: Superleggera V4 ke Litar Nardo untuk Fasa Pengeluaran Akhir

CEO Ducati: Superleggera V4 ke Litar Nardo untuk Fasa Pengeluaran Akhir

May 22, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS beberapa bulan menjalani perintah kuarantin, Kerajaan Itali akhirnya membenarkan rakyatnya keluar rumah dan menjalani kehidupan norma baharu. Keputusan tersebut menyaksikan pengeluar motosikal Itali kembali beroperasi dan cuba memenuhi semua pelan asal yang tergendala, termasuk kilang Ducati di Borgo Panigale.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali menerusi akaun Twitter mengesahkan akan memulakan pengeluaran Superleggera V4 tetapi perlu ke trek Nardo Ring.

Week 3 after restart is almost finished. Dreams are now becoming real: this is last pre production Superleggera ready to move to Nardo for final quality check. No other road homolgated bike is even close: 224 HP for 159 Kg dry weight. A real dream for any passionate biker! pic.twitter.com/dxbIoMWKU9

— Claudio Domenicali (@domenicaliC) May 15, 2020

Nardo Ring ialah litar dekat Lecce dalam wilayah selatan Apulia di Itali. Litar ujian tersebut asalnya dibina Fiat pada 1975 dengan rekaan trek berbentuk bulatan gergasi sepanjang 12.6km.

Kelajuan 'neutral' di litar itu ialah sekitar 240kmj, dan Nardo dianggap lokasi terbaik untuk menguji kelajuan maksimum sesebuah kenderaan sama ada kereta atau motosikal.

BACA >>> Spyshot: Ducati Panigale V4 Superleggera Akan Jadi Superbike Pengeluaran Paling Ringan?

Beginilah trek Nardo Ring yang terletak di bandar Nardo, Itali.

Jika semua ujian akhir berjalan lancar di Nardo Ring, barulah Ducati akan memulakan pengeluaran superbike gentian karbon edisi terhad tersebut, iaitu  500 unit sahaja. Domenicali turut mengesahkan unit 001 sudah memasuki barisan pengeluaran pada 21 Me lalu.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan selepas Ducati membuka semula operasi pada 27 April lalu selepas mengalami gangguan operasi selama enam minggu akibat penularan wabak Covid-19.

Awalnya, Ducati mahu menghasilkan dan menghantar lima unit Superleggera V4 setiap hari bermula awal Jun ini, tetapi rancangan tersebut sudah berubah. Domenicali turut mengesahkan Ducati akan tetap meneruskan pengeluaran Streetfighter V4.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Diumum Motosikal Tercantik di EICMA 2019!

SUMBER: Twitter | Motorcycle | AsphaltandRubber |CarThrottle

Related

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Claudio Domenicali, Ducati, Ducati Superleggera V4, Itali, Litar Nardo, Nardo Ring, superbike, Trek Nardo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev