• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Emirate Bakal Buang 30,000 Pekerja, Covid-19 Beri Impak Besar Industri Penerbangan Dalam Sejarah

Emirate Bakal Buang 30,000 Pekerja, Covid-19 Beri Impak Besar Industri Penerbangan Dalam Sejarah

May 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

EMIRATES Group sedang mempertimbangkan untuk membuang sekitar 30,000 pekerjanya iaitu jumlah pemberhentian paling ramai dalam industri penerbangan yang memaksa syarikat berkenaan kepada hibersinasi akibat wabak Covid-19.

Syarikat penerbangan jarak jauh terbesar di dunia itu perlu mengecilkan kapasiti 105,000 kakitangan pada Mac iaitu sebanyak 30 peratus pengurangan kos dan seiring dengan mengukuhkan operasi bagi berdepan masalah ini yang dijangka berlanjutan selama beberapa tahun.

Syarikat milik kerajaan tersebut sudah menerima pembiayaan sebanyak $1.2 bilion (RM5.22 bilion) dalam suku pertama tahun ini dan meminta bantuan daripada Dubai. Emirates juga mempertimbangkan mempercepatkan persaraan pesawat flit A380. Pesawat dua tingkat itu mampu memuatkan 500 penumpang.

Emirates kini sedang menilai kos dan sumber dalam persediaan memulakan operasi semula selepas dua bulan tidak beroperasi. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan tidak ada pengumuman yang dibuat mengenai pemberhentian pekerja secara besar-besaran di syarikat penerbangan.

Jadi melestarikan wang tunai, melindungi perniagaan, dan memelihara sebanyak mungkin tenaga kerja mahir tetap menjadi keutamaan Emirates. Dengan kira-kira 70 peratus kapisiti global sedang pegun industri penerbangan kerugian jualan tiket $314 bilion tahun ini menurut Persatuan Penerbangan Udara Antarabangsa.

Emirates menghentikan sebahagian besar penerbangan penumpangnya pada 25 Mac, tetapi dengan beberapa negara mulai membuka sekatan perjalanan syarikat penerbangan itu merancang untuk meneruskan operasi terhad pada 21 Mei. Presiden Tim mengatakan permintaan untuk perjalanan syarikat penerbangan akan meningkat sekurang-kurangnya beberapa tahun ke depan.

BACA>>>#BikinMotor: Mat Motor Jepun Bikin Suzuki Katana Kacuk Yamaha

Emirates-Airport-Staff
Emirates
Emirate Kaunter

Dia juga menyebut wabak itu memberi kesan besar dalam industri yang jarang terjadi dengan kesan ekstrem. Pemerintah Dubai mengatakan akan memberi sokongan kewangan yang mengambil banyak langkah untuk mengumpulkan wang tunai sejak wabak itu.

Ini termasuk mengurangkan gaji, menghentikan sebahagian besar penerbangan penumpangnya dan menangguhkan penghantaran kumpulan terakhir  A380.

BACA>>>Emirates, Syarikat Penerbangan Pertama Buat Ujian Darah Sebelum Naik Pesawat

SUMBER: Bloomberg

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, cara cegah covid-19, Covid-19, Emirates, Syarikat Penerbangan, Syarikat Penerbangan Emirates

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev